Bagaimana nak buat 'Direct Ad Sales'

Menjual iklan secara terus atau 'direct ad sales' kepada pengiklan adalah satu 'option' buat duit dengan blog selain daripada menggunakan servis 'ad network' seperti Google AdSense atau Yahoo Publisher Network. Ia ada kelebihan dan keburukannya. Post kali ini saya terangkan sedikit tips bagaimana nak dapatkan lebih banyak 'direct ad sales' dalam blog anda.

Cukupkan Traffic Sebelum Jual

Jika blog anda masih baru, adalah lebih baik anda tumpukan kepada prestasi traffic daripada prestasi jualan iklan. Penjualan iklan mustahil akan berlaku jika blog anda tiada traffic.

Pilihan utama jika anda nak jugak letak iklan adalah Google AdSense atau lain-lain ad Network. Anda juga boleh buat blog anda tiada iklan langsung.

Letakkan Kadar Harga Iklan Anda

Kebanyakan blog yang saya jumpa selalu letakkan "sila isi form dibawah untuk keterangan lanjut berhubung pengiklanan".

Benda ni bagus jika anda ada staff yang boleh menolong anda menjawab pertanyaan-pertanyaan dari pengiklan yang berminat. Tetapi, jika anda orang perseorangan, iaitu anda seorang saja yang 'maintaining your blog', adalah lebih baik anda letakkan saja harga di page blog anda.

Kerana berhubung secara terus dengan pengiklan (melalui email) kadangkala memerlukan banyak masa dan merugikan masa anda. Semakin kurang kerja anda, semakin banyak masa anda untuk maintain (posting dsb.) blog anda.

Buang Semua Iklan Dari Ad Network

Banyak pengiklan menggunakan Google AdSense sebagai jalan pintas untuk mereka mengiklan secara 'murah' dalam blog yang 'mahal'. Sebagai contoh, saya membeli keyword "weight loss" pada harga $3.00 CPM dimana harga tersebut agak murah, dan iklan saya keluar dalam blog "weight loss" yang Page Ranknya mencecah 7.

Kita anggap Google ambil 50% daripada tersebut dan owner blog itu hanya dapat $1.50 jika ada traffik yang klik iklan tersebut. Jadi buang semua iklan ini dan fokuskan kepada direct ad sales (jika anda sudah mempunyai traffik yang konsisten dan banyak).

Berapa Kadar Harga Yang Sesuai?

Jangan terlalu murah hati dalam menjual iklan dalam blog anda :). Kadar biar bersesuaian dengan rating blog anda, More traffic = Increase price.

'Monetize' Blog Anda Sehebat-hebatnya

Jangan takut untuk menjual terlalu banyak iklan dalam blog anda. Ramai orang yang terlalu lantang mengatakan tidak patut ada banyak iklan dalam blog. Jangan dengar cakap mereka, kerana jika anda dengar, anda tidak akan buat duit langsung dengan blog :).

Fakta yang mengatakan terlalu banyak iklan penyebab kehilangan traffic ke blog anda adalah satu fakta yang salah sama sekali. Kuncinya disini adalah cara anda 'handle' iklan tapi dalam masa yang sama memberi keselesaan kepada user yang datang ke blog anda.

Suka post ini? sila langgan RSS feed saya. Anda juga boleh langgan RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

0 comments: