Bila masa yang sesuai untuk letakkan iklan di blog anda?

Perkara ini selalu dibahaskan di forum-forum luar dan dalam negara. Sebenarnya tiada jawapan yang spesifik mengenai perkara ini. Seringkali dua pendapat bercanggah antara satu sama lain.

Jangan letak iklan jika tiada traffic.

Logiknya pendapat ini mengatakan tiada gunanya letakkan iklan jika tiada traffic. Anda perlukan traffic untuk klik iklan, jadi iklan yang diletakkan di blog yang tiada traffic seolah-olah membuang masa dan tenaga.

Pada mulanya nampak macam logik, tapi jika anda perasan, network-network seperti Google AdSense, Bidvertiser dsb. dahpun buat penjualan iklan dan anda hanya tumpukan perhatian kepada traffic blog anda.

Letak iklan dari mula.

Jika anda tidak perlu susah payah fikirkan tentang traffic, kenapa tak letak iklan dari awal? Salah satu kelebihan jika anda letak iklan dari awal, anda dapat kawal design blog anda.

Jika anda mula dengan tiada iklan langsung, ia akan menyusahkan anda untuk re-design blog anda untuk meletakkan iklan. Dengan ini, meletakkan iklan pada peringkat awal dapat jimatkan masa untuk proses re-design.

Kelebihan yang lain pula, pembaca anda akan biasa dengan blog anda yang dah ada iklan. Jika anda dah ada traffic baru nak letak iklan, mungkin komen-komen yang negatif akan timbul dari pembaca anda.

Pilihan anda?

Ada iklan ke takda iklan pada peringkat awal? Pendapat peribadi saya adalah letakkan iklan pada peringkat awal. Iklan harus jadi sebahagian daripada blog anda. Walaupun blog ini tidak saya letakkan iklan pada peringkat awal, kerana menumpukan kepada traffic.

Persoalan sepatutnya bukan bila, ia sepatutnya "Letakkan iklan atau tidak".

Jika anda buat sebuah blog komersil, iklan adalah satu perkara penting dan ia harus jadi sebahagian dari blog anda. Setiap blog komersil yang saya buat, saya letakkan iklan pada peringkat awal permulaannya.

Jadi, apa pilihan anda?

Suka post ini? sila langgan RSS feed saya. Anda juga boleh langgan RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

0 comments: