Buat Duit dengan e-book

Apa itu e-book?

E-book merupakan terma singakatan bagi 'electronic book' atau buku elektronik. Ia adalah 'buku' dalam bentuk digital. E-book bukanlah seperti buku-buku biasa yang terjual di kedai-kedai, tetapi buku yang hanya dijual menerusi internet.

Sifat-sifatnya sama seperti buku fizikal, mempunyai muka surat, muka hadapan, dan sebagainya. Cuma ianya adalah buku yang dibuat khas untuk kegunaan dalam komputer.

E-book biasanya dibaca menggunakan Adobe Acrobat Reader kerana formatnya dalam bentuk *.pdf.

Contoh muka hadapan sebuah e-book:



Apa itu PDF?

PDF adalah 'Portable Document Format', sejenis format dokumen. Sama seperti *.doc yang merupakan format bagi Microsoft Word.

*.doc biasanya boleh dibaca menggunakan Microsoft Word. Jadi *.pdf pula dibaca menggunakan Adobe Acrobat Reader.

Bagaimana cari duit dengan e-book?

Anda juga boleh mencipta e-book untuk dipasarkan dalam pasaran internet. Cari idea tentang konsep sesebuah e-book, cari market anda dan jual ke pasaran online.

Bahagian ini agak tricky sedikit, kerana anda perlu bijak memilih market untuk penjualan e-book anda. Cari idea tentang sesuatu yang diinginkan oleh pasaran dan boleh dijual.

Contoh:

Idea buat duit menerusi internet hangat di internet ketika ini. Mengapa tidak cuba buat e-book tentangnya dan jual secara online?

Buat kajian tentang sesuatu topik, jangan malas! :)
Ingat, kajian tentang sesuatu topik perlu menyeluruh termasuk peluang pasaran serta 'knowledge' anda tentang topik yang dibicarakan.

Cari pasaran

Lepas selesai buat ebook, cari pasaran untuk ebook anda. Banyak teknik untuk memasarkan ebook anda. Sebagai contoh, bina website sendiri dan promosikan menerusi forum-forum yang berkaitan dengan produk anda.

Promosi mesti dilakukan dengan betul supaya tak melanggar undang-undang forum dan elakkan promosi anda dikategorikan sebagai spam.

Bagaimana nak cipta ebook?

Jangan risau, nak cipta ebook tak sesusah yang anda sangkakan. Anda hanya perlu ada Microsoft Word dan Ghostscript. Saya telah pun membuat special report tentang cara-cara nak cipta ebook.

Lihat muka hadapan special report saya:



Anda boleh dapatkannya secara percuma di Cara Buat Ebook. Saya tak pasti sampai bila saya akan berikannya secara percuma. Jadi download cepat! :)

P.S Anda perlukan Adobe Acrobat Reader untuk membaca special report ini. Sekiranya anda tiada, ianya boleh didownload di sini.

Suka post ini? sila langgan RSS feed saya. Anda juga boleh langgan RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.



1 comments:

peminta sedekah said...

hiii...tuan...boleh ker aku dptkan tuan punya "Bagaimana nak cipta ebook?"di blog tuan dh x boleh nak download...apa2 boleh email aku kat cni...ni email aku:
xkobar69@gmail.com