Memastikan blog anda dikenali dengan 3 cara mudah

Ketika ini ramai bloggers di seluruh dunia muncul merancakkan dunia 'blogging'. Ramai antara mereka yang menulis 'content' yang berkualiti untuk menarik minat traffic singgah ke blog mereka.

Tetapi agak mengecewakan apabila artikel mereka tidak diberi perhatian dan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Blog anda tidak akan 'dikenali' sekiranya anda tidak mempromosikan blog anda secara aktif.

Tiga cara dibawah adalah cara yang saya gunakan untuk mempromosikan blog saya. Semuanya adalah daripada pengalaman saya sendiri dan yang paling penting, cara ini amat berkesan. Perlu ditekankan, bahawa cara ini amat mudah dan berkesan, tetapi memerlukan sedikit usaha yang konsisten daripada anda untuk menjayakannya.

Paling penting untuk anda sebelum memulakan langkah mempromosikan blog anda, ialah dengan melakukan sedikit kajian tentang topik atau niche blog anda.

Sebagai contoh, jika blog anda tentang 'Make Money Online', anda mungkin perlu consider MyBlogLog untuk mencari traffic untuk niche/topik tersebut.

Networking
Cara ini amat penting untuk mempromosikan blog anda. Setelah anda kenalpasti tempat yang sesuai untuk mendapatkan traffic bagi niche/topik blog anda, mula berkomunikasi dengan mereka.

Cara yang paling efektif sekali adalah berkomunikasi dengan mereka secara individual. Amat penting bagi blog anda untuk menerima traffic yang anda kenal kerana anda boleh meminta mereka membaca dan memberi komen tentang post-post di blog anda.

Ini penting kerana mempunyai komen-komen seperti ini dapat membuktikan kepada pelawat blog anda bahawa tidak merugikan masa mereka membaca post di blog anda.

Post yang up-to-date.

Komunikasi dengan blogger (yang sama niche/topik) lain juga penting untuk menaikkan 'visibility' blog anda. Langgan RSS Feed mereka untuk mengetahui selera pembaca.

Tidak dinafikan untuk blog anda berjaya, 'content' yang unik perlu tetapi anda juga perlu menulis tentang sesuatu yang orang ingin baca.

Join the discussion

Setelah anda kenalpasti target traffic, anda boleh meningkatkan lagi tahap 'visibility' blog anda dengan menulis artikel tentang niche blog anda. Jadi seorang yang versatile, jangan takut untuk menjadi diri anda sendiri dalam menulis post.

Jangan kedekut untuk bertukar-tukar link atau tinggalkan komen kepada post bloggers yang lain, link ini juga membawa traffic yang berharga untuk blog anda, traffic yang bagus.


Langkah ini boleh diikuti oleh semua blogger, tak kira baru ataupun lama. Cara ini telah terbukti membawa traffic daripada 10-30 visitors satu hari kepada 100 - 200 visitors satu hari setelah saya mengaplikasikannya.

Suka post ini? sila langgan RSS feed saya. Anda juga boleh langgan RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

0 comments: