Tema Baru

Blog buat duit bertemakan kereta!

Yep, lepas lama gunakan tema('themes') yang ada tersedia dalam blogspot, saya terpanggil untuk ubah tema blog buat duit ni. Cari punya cari (susah nak jumpa blogspot punya tema yang free & menarik), saya jumpa satu tema yang saya cari selama ni. Terima kasih kepada GeckoandFly.

Kenapa Pilih Kereta?

Untuk pengetahuan, saya memang seorang peminat kereta. Tak kiralah kereta dalam negara atau luar negara. Asalkan kereta tu cantik dan sedap mata memandang. Bagi saya kereta ada nilai kemewahan. Rasa bersemangat bila tengok kereta sebelum buat post.

Bagi saya, semangat untuk melakukan sesuatu kunci segala-galanya. Ramai yang gagal dalam buat duit secara online kerana semangat yang terhenti dipertengahan jalan. Sifat inginkan sesuatu dengan mudah dan cepat merosakkan segala-galanya.

Tiada istilah duit mudah dan duit cepat dalam pencarian duit secara online. Ia sama susahnya dengan buat duit secara offline. Ramai 'usahawan internet' yang saya kenal gulung tikar. Domain mereka ramai yang dah kena lelong, jual dan sebagainya.

Mengapa Mereka Gagal?

Saya bukan nak 'self-promoting', tetapi melalui apa yang saya nampak, untuk anda berjaya dan kekal dalam buat duit secara online dan blogging, 3 langkah ini penting:


1) Jadi unik

Jika anda penulis blog, jangan biarkan diri anda menjadi 'peniru'. Bina reputasi anda sendiri dan branding blog anda ke tahap yang dihormati. Jadi unik dari segi 'content' mahupun cara blog anda dipersembahkan.

2) Bergaul dengan bloggers yang arif

Gunakan kelebihan bloggers yang sudah 'establish' untuk dunia mengenal anda. Jangan sombong dan bergaul dengan bloggers yang lain yang sama niche dengan blog anda pasti memberikan anda banyak kelebihan.

3) Jangan sesekali putus asa

Ini merupakan perkara utama mengapa orang tak dapat buat duit secara online. Putus asa. Selepas beberapa bulan, mereka putus asa sebab mereka tak dapat buat duit atau tak cukup buat duit melalui internet. Ingat, blogging ni seperti menanam pokok, bukanlah sekejap atau secara tiba-tiba anda akan dapat hasilnya.

Citarasa tema anda bagaimana? Kereta juga ke?

Suka post ini? sila langgan RSS feed saya. Anda juga boleh langgan RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

0 comments: