Cara-cara buat duit dengan blog

Mungkin satu benda yang amat menggembirakan jika anda boleh buit duit dengan menulis blog. Well, memang anda boleh buat duit dengan blogging!

Percaya atau tidak, dengan blogging sahaja anda boleh menambah income berlipat kali ganda dengan bermacam-macam program yang ada pada masa ini.

Di bawah merupakan program yang anda boleh cuba untuk buat duit menerusi blog anda:

Letakkan Iklan
Jika blog anda mempunyai ramai traffic, cara ini mungkin boleh anda aplikasikan dalam blog anda. Iklan terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya:

1) Text link advertising (TLA)
Text link ads adalah iklan dalam bentuk tulisan. Anda boleh mencari advertiser yang ingin menyewa ruang TLA dalam blog anda atau mengunakan services seperti Text Link Ads atau Adbrite untuk menjual link 'directly' kepada syarikat-syarikat luar.

Harus diingat, TLA memerlukan traffic yang tinggi untuk menarik minat pihak luar menyewa ruang TLA di blog anda.

2) Contextual advertising
Contextual advertising adalah iklan yang keluar secara automatik mengikut 'content' yang anda tulis. Sebagai contoh, jika anda menulis tentang bola sepak, iklan tentang bola sepak akan keluar.

Contoh contextual advertising network adalah: Google AdSense, Yahoo Publisher Network, Bidvertiser, Chitika dan banyak lagi.

3) Targeted Advertising
Iklan jenis ini adalah dengan adanya syarikat/pihak yang sanggup membayar anda untuk meletakkan iklan mereka, sama ada image atau TLA.

Banyak yang perlu dilakukan dan antara kriteria yang perlu ada dalam blog anda untuk menarik minat pihak lain adalah:
* Blog anda merupakan blog yang 'prime' ataupun 'leader' bagi sesuatu niche anda dan mempunyai design yang professional.

* Mempunyai "media kit" dalam blog anda. Apa itu media kit? Ia adalah perkara yang menjelaskan secara terperinci mengenai bagaimana cara untuk mengiklan di blog anda, berapa 'rates' anda, bagaimana traffic blog anda, testimonial daripada syarikat/pihak yang pernah mengiklankan produk mereka di blog anda, nombor telefon dan email untuk mereka mendapatkan lebih informasi.

Setelah anda selesai 'set up' blog dan mempunyai post dan traffic yang constant. Cuba cara ini dengan mendekati syarikat-syarikat yang mempunyai niche yang sama dengan content blog anda. Tanya mereka sama ada ingin mengiklan di blog anda.Tak perlu cari syarikat yang besar-besar. Mulakan dengan syarikat yang kecil dan sederhana dan setelah mencapai traffic yang banyak, perlahan-lahan 'approach the bigger deals'.

Suka post ini? sila langgan RSS feed saya. Anda juga boleh langgan RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

1 comments:

ahib0205 said...

Ya.. betul tu.. Itu antara teknik2 yg ada utk cari duit dgn internet. Tp utk pengetahuan para newbie, amat byk lagi cara n teknik utk dapatkan duit dr internet!

Amacam teruja tak? :) Relax.. kalo teknik n kaedah betul, xdak masalah utk buktikan. Tp igt, kalo teknik n cara tak betul RUGI MASA!

Ok lah.. apa2 pun.. keep stdy ya...