5 Perkara Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang Tentang Blogging

Jika ini kali pertama anda ke sini, anda patut melanggan Full RSS feed saya secara PERCUMA! Saya percaya anda tidak mahu terlepas post-post yang berguna selepas ini! Thanks!

Ramai bloggers menyangkakan menulis blog ini sesuatu yang 'piece of cake' ataupun mudah dan ramai juga antara bloggers menyangkakan mereka boleh buat duit dengan blog dengan hanya beberapa bulan menulis blog. Lihat 4 perkara kat bawah ni, mungkin anda salah seorang yang dah terlepas pandang tentang perkara-perkara macam ni:

Bukan Mudah Nak 'Blogging'

Saya mengaku, saya sangkakan blogging nih adalah 'piece of cake' dan sesuatu benda yang paling mudah dibuat kat dunia ni. Yela, tulis je tentang sesuatu benda, lepas tu post. Tapi lepas beberapa bulan blogging, saya mula dapat email, komen dan soalan yang perlu saya jawab. Email dan soalan-soalan ini banyak sekali, dan saya perlu menjawab kesemuanya. Bukan mudah nak blogging kan?

Blogging Takkan Menjadikan Anda 'Sangat' Kaya

Memang boleh buat duit dengan blog, terutamanya menerusi ad network seperti Google AdSense, Bidvertiser, Text-Link-Ads dan sebagainya. Tapi, ia takkan menjadikan anda SANGAT kaya. Katalah anda dapat USD1 untuk setiap 400 visitors, pendapat saya, itu tak cukup untuk menjadikan anda kaya. Blogging hanyalah sebagai cara mempopularkan diri anda dan networking. Berlainan jika blog anda sangat popular, menerima 100K visitors setiap hari (sukar tu).

Blogging Bukanlah Skim Cepat Kaya

Kebanyakan orang fikir, jika mereka postkan article setiap hari dalam blog, mereka akan kaya cepat (Sebab mereka nampak ramai problogger seperti John Chow dan lain-lain, meningkat hasil pendapatan mereka setiap bulan). Tapi, hakikatnya anda tidak akan dapat buat begitu. Blogging bukanlah skim cepat kaya, jika anda kaji blog-blog probloggers ini, anda akan dapati mereka dah start blogging bertahun-tahun lamanya. Ya, BERTAHUN lamanya. Bukan sekejap-sekejap.

Blogging Perlukan Practice

Lagi lama anda blog, lagi bagus anda akan jadi. Blogging ni seperti belajar, lagi banyak anda blogging, anda jadi matang dan banyak perkara anda pelajari.

Jika anda ingin menjadi Problogger, anda kena practice. Tapi kena ingat, ia mengambil masa lama daripada yang anda fikirkan. Macam belajar, anda kena rancang dan aturkan strategi lebih awal dan ia mengambil masa untuk anda berjaya dalam setiap subjek.


Anda rasa post ini membantu? sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

0 comments: