Buat Duit Dengan Ebook part2

Tiga Cara Mudah Cipta Ebook yang ditulis oleh saya amat menggalakkan sekali jumlah downloadnya. Selepas 6 bulan pelancarannya, saya telah berjaya mengumpul subscriber untuk ebook itu seramai 72 orang. (Walaupun tiada publisiti melalui iklan).

Jika ini pertama kali anda melayari blog ini, anda boleh baca post tentang Buat Duit Dengan Ebook Part1.

Ebook Sebagai Medium Mendapatkan Traffic & Buat Duit Online

Penggunaan ebook bukan sahaja untuk mendapatkan traffic, sebaliknya ia untuk anda buat duit secara online. Tujuan utama saya memberikan ebook Tiga Cara Mudah Cipta Ebook secara percuma adalah untuk mendapatkan traffic ke blog saya.

Dalam masa yang sama, blog ini buat duit dengan lambakan traffic yang datang dari ebook tadi (melalui klik iklan dan sebagainya).

Jika anda tidak mempunyai blog/website, anda masih boleh buat duit dengan meletakkan affiliate link dalam ebook tersebut. Meletakkan affiliate link dalam ebook bukanlah satu perkara yang baru. Ia telah lama dipraktikkan.

Fakta Nombor

Situasi A, Katalah anda mengambil keputusan untuk menjual ebook tersebut dengan harga RM65 (sebagai contoh). Tanpa sebarang pelaburan dalam mengiklan ebook tersebut dan usaha mempromosi, mungkin menyebabkan tidak ramai membelinya.

Situasi B, anda memberikan ebook anda secara percuma, percayalah cakap saya, jika anda memberikan sesuatu secara percuma, anda tidak perlu berusaha lebih untuk mengiklankannya. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Saya dapat 72 subscribers hanya melalui SEO dan sedikit signatures di forum.

Katakan satu daripada affiliate anda memberikan komisen sebanyak $25 per sign up. Bayangkan kalau 250 orang yang mendownload ebook anda semuanya sign up atas nama anda. Banyak jumlahnya tu.

Ebook percuma bukan hanya untuk membawa traffic kepada blog/website anda, tapi juga sebagai lubuk buat duit jika anda 'monetize'kan sedikit ebook percuma anda. Saya akan terus mencipta ebook dan memberikannya secara percuma sebagai salah satu langkah buat duit online. Bagaimana anda?

Download Langkah Mudah Cipta Ebook

Suka post ini? sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

0 comments: