Berapa Kuat MIMPI Anda?

Jika ini kali pertama anda ke sini, anda patut melanggan Full RSS feed saya secara PERCUMA! Saya percaya anda tidak mahu terlepas post-post yang berguna selepas ini! Thanks!

Saya ada terbaca artikel semalam tentang cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuh oleh setiap internet entrepreneurs. Artikel tersebut memfokuskan tentang faktor ketahanan dan faktor masa.

Internet marketing/affiliate marketing/perniagaan internet memerlukan banyak masa dan usaha daripada anda "right at the beginning". Ia serupa seperti arnab dan kura-kura. Ada yang akan bermula dengan laju seperti arnab dan ada juga yang akan bermula seperti kura-kura, tetapi mereka yang "maintain steady pace" akan menang kemudian hari. Kebiasaannya, mereka yang bermula dengan laju tidak akan dapat menghabiskan perlumbaan, pancit di tengah jalan.

Inilah hakikat peniagaan internet. Ramai orang ingin jadi seperti JohnChow.com atau Shoemoney.com yang buat duit sampai $10,000 ke $20,000 sebulan. Tapi, ramai juga yang tak tahu berapa banyak usaha dan tenaga ditambah dengan "struggle" yang terpaksa dilalui kedua-dua bloggers ini sebelum berjaya. Saya juga fikir benda yang sama semasa baru mula dengan perniagaan internet. Tapi, lama kelamaan saya sedar bahawa masa setahun masih belum cukup untuk membina asas perniagaan internet. Sesiapa yang sanggup menunggu dan sabar akan dapat melihat hasilnya.

Berpa kuat MIMPI anda? Ada banyak peluang perniagaan internet diluar sana yang menanti sesiapa yang sanggup bekerja kuat dan berusaha. Adakah anda arnab atau kura-kura? Bina kredibiliti anda, relationship, masa dan usaha yang konsisten dan anda akan dapat pulangan yang besar seperti shoemoney mahupun John Chow.

Anda rasa post ini membantu? sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

0 comments: