Exchange link, membantu atau tidak?

Sejak kebelakangan ni, melalui forum-forum dalam dan luar yang saya join kebanyakkannya membicarakan pasal kaedah 'exchange link' iaitu satu kaedah SEO untuk menaikkan ranking dalam kedudukan search result Google.

Kebanyakan mereka berdebat tentang cara ini yang dah tak efficient lagi dengan rules Google yang baru. Mereka menganggap kaedah bertukar-tukar link dah tak sehebat dulu.

Eksperimen

Jadi, untuk mengesahkannya, saya mengambil langkah untuk mengeksperimenkan perkara ni. Saya nak tengok sendiri keputusannya sama ada bertukar-tukar link baik untuk ranking atau sebaliknya.

Pertengahan bulan November, saya mula mengeksperimenkan blog buat duit ni dengan bertukar-tukar link dengan beberapa blog lain yang kebanyakkannya dari Malaysia (sebab blog ini berbahasa Melayu). Saya optimizekan blog ini dengan keyword buat duit dan cari duit melalui beberapa teknik SEO.

Keputusannya















Ini adalah statistik yang saya dapat daripada MyBlogLog.com tentang kadar datangnya pembaca, klik dan page views. Statistik ini dikeluarkan hanya untuk satu hari, jadi hari besoknya, statistik ini akan di reset kepada kosong semula.

Menurut MyBloglog.com, pada hari itu, blog saya mempunyai 47 pembaca, 85 page views dan 20 offsite klik.






Ketika saya 'printscreen' kan page statistik di mybloglog.com, klik dah naik ke 22 dan page views dah naik ke 87, cepat bukan? :).

Dari Mana Datangnya 47 Pembaca?

Ia semua adalah hasil daripada aktiviti saya bertukar-tukar link dengan blog-blog yang lain. Dengan bertukar-tukar link, saya telah berjaya menaikkan ranking Google dan Yahoo blog buat duit ini. Google dan Yahoo menjadi penyumbang kepada traffic blog ini selain dari 'direct' traffic. Jom kita lihat dari mana datangnya visitors blog saya.















Anda dapat lihat kebanyakan traffic yang datang adalah daripada Google dan Yahoo selain daripada blog-blog yang saya exchange link. Kedudukan ranking blog ini di Google dan Yahoo juga amat baik hasil daripada pertukaran link ini.

Blog ini berkedudukan no. 1 dalam Yahoo untuk keyword buat duit online, no. 3 untuk keyword cari duit online

Manakala di Google.com.my (Keputusan untuk Bahasa Malaysia), blog ini berkedudukan no 1 untuk keyword cari duit, buat duit online, cari duit online. dan berkedudukan no 4 untuk keyword buat duit.

Secara peribadi, saya masih merasakan bertukar-tukar link adalah satu teknik yang bagus untuk manaikkan Search engine ranking.

Anda Bagaimana?


Suka post ini? sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

1 comments:

Cari Video Dot Com said...

Salam, mengikut apa yang saya pernah terbaca dalam wiki exchange link memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan kedudukan google pagerank. Mereka menggunakan perkiraan matematik untuk menentukan kedudukan ranking. Untuk memudahkan kita memahami konsep perkiraan rankin g ni sila lawati laman web wiki http://en.wikipedia.org/wiki/PageRank