Tak nampak Iklan AdSense?

Jika ini kali pertama anda ke sini, anda patut melanggan Full RSS feed saya secara PERCUMA! Saya percaya anda tidak mahu terlepas post-post yang berguna selepas ini! Thanks!

Pernah mengalami pengalaman ini? Semua iklan AdSense tak keluar di browser anda? Panik juga saya apabila kena pengalaman yang sama semasa awal pembabitatan dengan AdSense dulu.

Tapi, lepas saya buat research dan bertanya di forum, masalah ini dapat diselesaikan dengan cepat dan tenang :). Ingatkan akaun AdSense dah kena ban dengan Google.


Tiga Sebab Iklan AdSense Tak Keluar

1) Akaun anda dah kena ban.
2) JavaScript tak enable.
3) Perisian anti virus anda block AdSense.


Akaun anda dah kena ban.

Untuk sebab yang ini, cara nak setelkannya tak lain tak bukan, adalah dengan menghantar sendiri email kepada Google bertanyakan masalah akaun anda. Tanya dengan sopan, kerana jika anda terjah macam tu je, mungkin Google pun malas nak layan :)

Sehingga hari ini, pihak Google tak pernah miss membalas sebarang pertanyaan yang saya tanya.

JavaScript tak enable.

Jika akaun anda tidak di ban, kemungkinan kedua adalah Javascript tak enable pada browser anda.

Untuk 'enable'kan javascript menggunakan browser Firefox:




















Pergi kepada Tools > Options > Pilih tab Content > Tick Enable Java

Untuk 'enable'kan javascript menggunakan browser Internet Explorer:

Pergi kepada Tools > Internet Options > Pilih tab Security > Klik Custom Level.




















Kemudian scroll down sehingga anda jumpa section "Scripting". Pilih 'enable' dan anda sepatutnya dah boleh tgk AdSense anda :).

Perisian Antivirus Block AdSense

Jika masih tak nampak juga iklan AdSense, cuba check perisian antivirus, spyware anda. Disebabkan saya menggunakan Kaspersky, jadi saya tunjukkan screenshot bagaimana nak setelkan problem ni menggunakan Kaspersky.

















Pergi kepada kepada Setting > Anti-Spy > dan un'tick' Enable anti-banner dan Enable popup blocker. Refresh browser anda dan iklan AdSense anda sudah kembali!

Anda boleh godek-godek bahagian "anti-spy" atau "internet security" jika anda menggunakan anti virus selain daripada Kaspersky.

Sedikit update tentang contest bulan Disember yang menawarkan hadiah RM40, masih tinggal 5 hari lagi sebelum contest tamat secara rasminya. Jika anda belum join, sila join sekarang!

Anda rasa post ini membantu? sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

0 comments: