New Milestone - 100 RSS Subscribers

Jika ini kali pertama anda ke sini, anda patut melanggan Full RSS feed saya secara PERCUMA! Saya percaya anda tidak mahu terlepas post-post yang berguna selepas ini! Thanks!

Readers blog cari duit terus meningkat. Semalam, ia melepasi had 100 buat pertama kali dan hari ini angka tersebut terus meningkat ke 110. Secara keseluruhannya, saya mengambil masa 2 bulan untuk mendapatkan RSS subscriber seramai ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menjawab beberapa soalan yang diajukan kepada saya tentang RSS subscribers. Ramai yang bertanya bagaimana saya dapat meningkatkan "RSS subscribers" dari 0 hingga 100+ dalam masa 2 bulan.

Sebenarnya kalau nak dibandingkan pencapaian ni, tak hebat sangat pun kalau nak dibandingkan dengan problogger yang lain seperti JohnChow dan ShoeMoney yang berjaya dapat 7000+ subscribers dalam masa 2 hari!

Tapi saya akan kongsikan juga beberapa teknik mudah yang saya lakukan untuk meningkatkan jumlah subscribers blog buat duit ini.

Bantu pembaca anda untuk subscribe

Apa yang saya lakukan untuk meningkatkan jumlah subscriber adalah dengan membantu dan memudahkan "kerja" mereka untuk men"subscribe". Ini adalah perkara-perkara yang saya praktikkan.

1) Meletakkan email form dan pengesahan "No Spam"

Jika anda perasan, saya ada meletakkan satu email form di sebelah kanan blog ini. Ia bertujuan untuk memudahkan pelayar-pelayar blog buat duit ini untuk subscribe RSS feed.

Secara tidak langsung saya memudahkan mereka untuk melanggan RSS feed saya tanpa perlu mencari dimana dan bagaimana sebaliknya, mereka hanya "submit" kan email dan mereka sudah pun melanggan RSS blog cari duit ini.



Kalau anda perasan juga, ada satu tulisan yang "More Info >>" di bawah email form tersebut. Ia adalah link kepada satu page yang memberi penerangan dan memudahkan pembaca yang kurang faham dengan konsep email form ini.

Klik untuk imej yang lebih besar.



Teknik kedua yang saya gunakan adalah:

2) Meletakkan ayat pada setiap header dan footer post


Setiap post yang ada dalam blog ini saya akan letakkan ayat yang lebih "membantu" pembaca saya untuk menjadi RSS subscriber blog ini.

Sama juga pada footer, kerana setiap post akan dibaca bermula dari atas sehingga ke bawah. Jadi kedua-dua tempat ini merupakan tempat yang sesuai untuk meletakkan link terus ke subscribe page.












Klik untuk imej yang lebih besar.

Anda rasa post ini membantu? sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

2 comments:

~::NETWORKBIZ::~ said...

Good luck (^_^)

http://mynetworkbiz.blogspot.com

norlia said...

Wah!, cayala lu