Siap juga akhirnya..

Jika ini kali pertama anda ke sini, anda patut melanggan Full RSS feed saya secara PERCUMA! Saya percaya anda tidak mahu terlepas post-post yang berguna selepas ini! Thanks!

Lepas lebih 3 minggu menyiapkan eBook dari segi content dan design, akhirnya siap juga eBook yang aku bagi tajuk "SEO Mastery" yang aku usahakan selama ni. eBook pertama yang aku buat ni berkisarkan tentang SEO ataupun Search Engine Optimization.

Apa itu SEO?

SEO atau Search Engine Optimization adalah merupakan gabungan teknik-teknik tertentu yang membantu website anda untuk mendapatkan ranking yang baik dalam Google. Malah, jika teknik-teknik ini dilakukan dengan betul, website anda boleh mendapat tempat teratas seprti blog ini yang menduduki ranking teratas keyword "cari duit".

JV Partners.

Untuk membantu 'launching' eBook ini yang akan aku lancarkan dalam masa terdekat, aku memerlukan JV Partners. Setakat semalam, 22 JV (Joint Venture) partners telah mengesahkan penyertaan mereka.

Apa yang perlu dilakukan oleh JV partners ini adalah hanya menghebahkan tarikh "launching" dan sedikit sebanyak tentang eBook ini dalam blog mereka.

Dan sebagai habuan, mereka akan dapat 70% diskaun harga untuk eBook ini. Sesiapa pun boleh menjadi JV partners, asalkan anda mempunyai blog atau website.

Jika anda ingin menjadi JV partner aku, sila email kepada admin[at]searchengineexposed.com

Sedikit Sebanyak Tentang SEO Mastery.

Dalam eBook ini, semua teknik yang aku gunakan dalam usaha aku untuk menaikkan ranking blog ni aku "reveal"kan. Untuk pengetahuan, blog ini berkedudukan no.1 untuk keyword "cari duit" dalam Yahoo dan Google.

Kedudukan itu memberi peluang kepada aku untuk mendapatkan traffic yang agak banyak daripada Indonesia, Malaysia dan Singapura. Jadi, kedudukan no. 1 dalam Search Engine amat penting untuk prestasi traffic blog/website anda.

Dalam eBook ini, anda akan diajar:

1) Bagaimana nak optimizekan website anda secara on page.
2) Bagaimana nak optimizekan website anda secara off page.
3) Tools percuma yang sering aku gunakan untuk optimize blog.
4) Pemilihan keyword yang sesuai.
5) Penggunaan META.
6) Beberapa trick yang tak pernah aku kongsikan dalam mana-mana forum/blog dsb.

Dijangkakan eBook ini akan aku release dalam minggu depan (sedang berusaha keras untuk minisite dan design eBook). So, stay alert dan keep yourselves updated!

Anda rasa post ini membantu? sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

0 comments: