"Cloak" Affiliate Links

Jika anda seorang "affiliate marketer", yang cari duit dan buat duit melalui affiliate marketing, anda mungkin perlu memikirkan untuk "cloak" affiliate link anda atas beberapa sebab:

  • Affiliate links terlalu panjang.
  • "Potential buyers" lebih suka klik alamat yang "clean" dan tidak berserabut.
  • Mencegah affiliates lain daripada merampas link anda.
  • dan banyak lagi sebab-sebab keselamatan dan faktor keselesaan "potential buyers"

Apa itu "Cloaking"?

"Cloaking" bermaksud memberikan affiliate link anda satu alamat yang baru. Kebiasaannya yang lebih mudah diingati dan lebih "clean".

Contoh:

Affiliate link asal: http://www.formulajutawan.com/affiliate=?norhafidz
Affiliate link selepas "cloak": http://www.yoursite.com/go/formulajutawan

Anda boleh gantikan affiliate link anda dengan alamat baru yang lebih pendek, "server-side redirects", supaya pembaca blog anda tidak akan lari kerana affiliate links yang merapu. Ada banyak cara untuk "cloak" affiliate link anda. Saya hanya akan membincangkan 2 cara yang paling mudah dan "simple".

Cloak Affiliate Links dengan Menggunakan .htaccess

Cara ini selalunya saya lakukan dalam blog yang ber'platform'kan wordpress. Ia tidak boleh digunakan dalam platform blogspot. "Create" satu folder yang baru bernama "go" dalam site anda (saya gunakan CuteFTP untuk create direktori), kemudian dalam folder "go" tersebut, create direktori-direktori untuk affiliate links anda.

Contoh:
Create satu direktori yang bernama "go" dalam public_html (login dalam site anda menggunakan cuteftp), kemudian dalam folder "go" tersebut, create satu folder yang bernama "norhafidz". Di dalam folder "norhafidz", create satu file yang diberi nama .htaccess -- anda boleh create file ini dengan menggunakan 'plain editor' seperti notepad.

Kemudian, dalam file .htaccess tersebut, taipkan:

Redirect /go/norhafidz http://www.formulajutawan.com/affialiate=?norhafidz

dimana http://www.yoursite.com/go/norhafidz akan jadi affiliate link anda yang baru dan http://www.formulajutawan.com/affialiate=?norhafidz merupakan affiliate link anda yang lama.

Note that, ada 3 bahagian dalam file .htaccess iaitu, Redirect command, lokasi directory, alamat affiliate yang baru (/go/norhafidz) dan alamat affiliate link yang asal (http://www.formulajutawan.com/affialiate=?norhafidz). Kesemuanya mestilah dalam satu 'line' dan dipisahkan dengan 'single space'.

Jadi, jika anda memberikan link http://yoursite.com/go/norhafidz kepada orang ramai; mereka akan dihantar ke alamat http://www.formulajutawan.com/affialiate=?norhafidz

Note: Teknik ini hanya untuk blog yang menggunakan wordpress dan hosting sendiri.

Cloak Affiliate Links dengan Menggunakan URL Redirect sites

Cara ini sesuai untuk blog yang menggunakan platform selain daripada wordpress. Ia menggunakan website untuk "memendekkan" dan menukar affiliate links anda. Salah satu website yang saya selesa gunakan adalah tinyurl.com

Anda hanya perlu meletakkan affiliate link anda dan klik pada button "Make TinyURL!". Alamat affiliate link anda akan dipendekkan tak sampai dua saat!

Anda tahu cara yang lain untuk cloak affiliate link? Kongsi dengan kami!

Anda rasa post ini membantu? sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

0 comments: