Dua Bulan Yang Sepi

Jika ini kali pertama anda ke sini, anda patut melanggan Full RSS feed saya secara PERCUMA! Saya percaya anda tidak mahu terlepas post-post yang berguna selepas ini! Thanks!

Hari ini hampir genap 2 bulan saya tidak menulis dalam blog cari duit. Ini disebabkan oleh beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. Sibuk dengan assignment dan juga niat saya untuk mengeksperimen sesuatu iaitu PageRank blog ini.

Tugas sebagai pelajar universiti membuatkan saya tak cukup masa untuk mengemaskini kandungan blog dan berkongsi teknik buat duit dalam masa dua bulan kebelakangan ini. Tugasan yang "melimpah" yang saya terima terpaksa saya dahulukan.

Dalam masa yang sama boleh saya eksperimenkan sesuatu tentang persoalan Pagerank yang saya terima iaitu: "Bolehkah sesuatu website itu naik PR (PageRank) nya jika tidak diupdate?". Jadi, sambil menyelam minum air. Harus di ingat, saya tidak mengemaskini sebarang content dalam blog ini sebaliknya saya titik beratkan inbound link blog ini.

Keputusan Eksperimen:

Untuk pengetahuan, blog cari duit ini pada awalnya adalah berstatus PR 0, tetapi selepas hampir dua bulan saya membiarkannya tanpa dikemaskini, hasilnya agak memberangsangkan apabila blog cari duit ini berjaya dinaikkan status PR nya daripada 0 ke 2. Sila rujuk imej dibawah:



Sepanjang hampir dua bulan ini, ternyata strategi saya menguatkan inbound link untuk blog ini berjaya menaikkan PR. Bukan itu sahaja, blog ini kekal berada dalam kelompok teratas bagi keyword "cari duit" dan "buat duit" walaupun hampir dua bulan tidak saya kemaskini.

Anda pernah lakukan eksperimen yang sama? Bagaimana hasilnya?

Anda rasa post ini membantu? sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

0 comments: