ClickBank Sudah Terima Malaysia

Sedikit update untuk blog buat duit.

Semalam, selepas lama tak aktif, saya aktifkan diri dalam forum wangcyber dan terkejut bila tengok tajuk thread "Clickbank dah terima pendaftaran dari Malaysia?". Berdebar jugak mula-mula bila tgk tajuk thread tu, sebab memang dah lama saya tunggukan peluang ni.

Bertambah lagi peluang buat duit untuk kita semua IM dari Malaysia.

ClickBank ni dah lama jadi sumber pendapatan online untuk IM luar negara, macam Tim Godfrey dan lain-lain. Banyak juga eBook-eBook yang saya baca berkenaan ClickBank ni, tapi tak pernah pun nak cuba sebab sebelum ni warga Malaysia tak dibenarkan untuk jadi sebahagian daripada warga ClickBank.

Insya'Allah lepas ni saya akan 'post'kan kat sini perkembangan akaun ClickBank saya dan teknik-teknik yang akan saya gunakan dalam menjana pendapatan melalui ClickBank.

Jadi, jangan lupa melanggan untuk mengetahui update-update terbaru dari blog buat duit ini!

Register akaun clickbank dan buat duit sekarang!

Inbound Link: Untuk PR atau Traffic?

Dalam SEO, kualiti inbound link sangat penting untuk menaikkan PR anda. Jika anda seorang yang cenderung kepada traffic yang datangnya dari Search Engine, PR ataupun PageRank amat penting untuk diambil kira. Persoalan yang sering timbul apabila mencari inbound link yang sesuai adalah, adakah ianya untuk PR ataupun traffic.

Saya melakukan penjualan link (link selling) yang kebanyakannya dari blog saya yang tidak mempunyai traffic yang banyak. Tetapi permintaan untuk link dari blog-blog ini tetap tinggi. Lihat sahaja income yang saya dapat dari penjualan link bulan lepas, iaitu 10 hari terakhir dalam bulan Mac.

Menunjukkan kebanyakan orang masih menitikberatkan PR daripada traffic. Faktor Google masih kuat dan merupakan sumber utama kebanyakan website untuk mendapatkan traffic. Bermakna, kebanyakan webmaster lebih gemar kepada organic traffic daripada direct traffic yang datangnya dari blog-blog yang lain.

Bagi saya, kedua-kedua ini penting dan harus seiring, kerana bergantung kepada Search engine seperti Google juga ada risikonya. Saya pernah mengalami keadaan dimana blog buat duit ini jatuh mendadak daripada posisi pertama dalam Google kepada posisi ke 24 dalam SERP.

Akibat daripada peristiwa itu, saya kehilangan hampir 70% pengunjung harian yang datang daripada search engine. Jadi, sebelum perkara ini berulang dan berlaku kepada anda, plan B harus ada iaitu mencari inbound link yang datangnya daripada blog yang high traffic.

Bagaimana anda? Faktor PageRank atau Traffic yang lebih penting dalam mencari inbound link?

Anda rasa post ini membantu? sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

Duit bulan Mac

Klik imej untuk pandangan lebih besar.

Untuk bulan Mac yang lalu, saya berjaya mendapatkan USD44.00 dalam masa 10 hari terakhir. Saya hanya sempat mengerah tenaga pada saat akhir kerana terlalu sibuk dengan assignment.

Walaupun sedikit, saya berpuas hati dengan pencapaian saya pada bulan Mac memandangkan saya hanya bermula pada 10 hari terakhir. Keseluruhan income bulan Mac saya adalah melalui penjualan link.

Duit online ini boleh ditambah melalui beberapa teknik buat duit lagi jika anda mempunyai masa yang cukup. Teknik seperti PPC, Affiliate (Amazon, eBay, ShoppingAds) dan direct ads selling.

Ketahui bagaimana saya menjana pendapatan secara online melalui post-post akan datang!

Berapa pendapatan bulan Mac anda?

Nak tahu pendapatan saya pada bulan hadapan? sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

Free Blogger Templates

Saya sering ditanya oleh readers blog buat duit ini tentang dimana tempatnya saya sering pergi untuk mendapatkan template-template blogspot yang menarik. Terutamanya yang percuma. Pengguna platform Wordpress mungkin tidak mempunyai banyak masalah kerana terlalu banyak website diluar sana yang menyediakan 'theme' secara percuma.

Untuk pengetahuan, saya gemar berkunjung ke Eblogstemplates untuk mendapatkan template blogger secara percuma. Design yang ada disana kebanyakannya di 'convert' daripada theme asal wordpress.

Anda boleh jumpa theme Polaroid yang dicipta oleh Adii, juga template blogging pro. Selamat mencuba.

Kongsikan templates Blogger Percuma jika anda mempunyai sumber-sumber yang lain.

Anda rasa post ini membantu? sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

Tukar Theme - Refresh Blogger

Jika anda perasan, satu atau dua tiga hari kebelakangan ini saya sering menukar theme blog buat duit ini. Selepas hampir 5 theme yang saya eksperimenkan, akhirnya saya memilih Refresh Blogger sebagai theme rasmi blog ini.

Ringkas dan Padat

Saya sukakan benda yang ringkas dan mudah. Jadi faktor utama yang saya cari untuk theme baru blog buat duit ini adalah mesti ringkas dan memberi kemudahan untuk pembaca melayari blog. Terima kasih kepada eblogtemplates kerana mencipta theme yang sangat baik ini.

Nantikan post-post terbaru dari blog buat duit!

Tak sabar menunggu? Sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.