Inbound Link: Untuk PR atau Traffic?

Dalam SEO, kualiti inbound link sangat penting untuk menaikkan PR anda. Jika anda seorang yang cenderung kepada traffic yang datangnya dari Search Engine, PR ataupun PageRank amat penting untuk diambil kira. Persoalan yang sering timbul apabila mencari inbound link yang sesuai adalah, adakah ianya untuk PR ataupun traffic.

Saya melakukan penjualan link (link selling) yang kebanyakannya dari blog saya yang tidak mempunyai traffic yang banyak. Tetapi permintaan untuk link dari blog-blog ini tetap tinggi. Lihat sahaja income yang saya dapat dari penjualan link bulan lepas, iaitu 10 hari terakhir dalam bulan Mac.

Menunjukkan kebanyakan orang masih menitikberatkan PR daripada traffic. Faktor Google masih kuat dan merupakan sumber utama kebanyakan website untuk mendapatkan traffic. Bermakna, kebanyakan webmaster lebih gemar kepada organic traffic daripada direct traffic yang datangnya dari blog-blog yang lain.

Bagi saya, kedua-kedua ini penting dan harus seiring, kerana bergantung kepada Search engine seperti Google juga ada risikonya. Saya pernah mengalami keadaan dimana blog buat duit ini jatuh mendadak daripada posisi pertama dalam Google kepada posisi ke 24 dalam SERP.

Akibat daripada peristiwa itu, saya kehilangan hampir 70% pengunjung harian yang datang daripada search engine. Jadi, sebelum perkara ini berulang dan berlaku kepada anda, plan B harus ada iaitu mencari inbound link yang datangnya daripada blog yang high traffic.

Bagaimana anda? Faktor PageRank atau Traffic yang lebih penting dalam mencari inbound link?

Anda rasa post ini membantu? sila langgan full RSS feed saya. Anda juga boleh langgan full RSS Feed melalui e-mail dan setiap post baru akan dihantar terus ke email anda.

0 comments: