Paypal? How to use it?

First sekali sebelum bermula, aku nak mintak maaf kat semua readers dan semua yang bertanya soalan melalui email, sebab lama dah tak update blog, aku busy sikit sejak dua menjak ni, baru balik dari bercuti bersama keluarga:). Bulan ni pun aku rasa income tak banyak sangat sebab 'bulan cuti' ni aku banyakkan aktiviti bersama keluarga. Ok, untuk post kali ni, aku akan cuba jawab pertanyaan daripada seorang pembaca setia blog buat duit ini yang bernama khairi, Ini adalah soalannya:


Paypal, bagaimana?

PayPal aku umpamakan seperti 'bank'. Segala urusan penjualan/pembelian antarabangsa kebanyakannya melalui PayPal. Untuk mendapatkan akaun paypal, anda perlu mempunyai satu kredit/debit kad untuk tujuan 'verification'. Jika tiada, aku cadangkan korang register debit kad public bank. Biasanya kurang dari sebulan dah siap.

Bila dah siap, register akaun paypal anda menggunakan kredit/debit kad tersebut. Cara menggunakan paypal lebih kurang seperti Maybank2u, jika anda ingin hantarkan funds, click pada 'send money' dan proses penerimaan funds adalah dilakukan oleh paypal dan pengirim funds.


Pilih 'Merchant Services' untuk meletakkan paypal sebagai medium pembayaran dalam website anda.

Iklan Selain Google AdSense

Sebenarnya, sangat banyak program seperti Google AdSense yang ada untuk publisher (bloggers). Disini aku listkan sedikit beberapa program yang serupa dengan Google AdSense:

1) BidVertiser
2) AdBrite
3) AdToll
4) TTZMedia
5) Kontera
6) Chitika

dan banyak lagi.

P/S: kepada semua yang bertanyakan pasal link exchange, aku dah letak website korang dekat http://maricari-duit.blogspot.com/2007/08/partners2.html. Thanks!

Duit Tanpa Modal?

Betul ke boleh buat duit tanpa modal? Semuanya bergantung kepada program apa yang anda ingin lakukan. Contohnya kalau macam Google AdSense, memang tak payah keluarkan modal, sebabnya pendaftaran untuk program ini adalah percuma dan tidak perlu anda menggunakan domain dan hosting sendiri sebab Google dah sediakan blogspot.com sebagai medium untuk anda gunakan sebagai blog dan tempat meletakkan AdSense. Berbeza dengan wordpress.com (Versi percuma), mereka tidak membenarkan anda melatakkan iklan di ruangan blog.

Bagaimana dengan Program-Program lain?

Program-program seperti affiliate juga bergantung kepada strategi anda, kebanyakannya memerlukan sedikit modal untuk mula. Sebagai contoh, kalau anda memilih untuk mempromosikan barangan affiliate tersebut dengan cara SEM (Search Engine Marketing), anda perlu mengeluarkan sedikit modal.

Begitu juga untuk domain dan hosting. Tentang program-program yang hangat macam "tak perlu kerja dah dapat duit", "jutawan segera" dan macam-macam lagi, aku tak berani nak setuju atau tidak. Anda kena banyak lakukan research sebelum join apa-apa program di internet.

Macam aku sendiri, dah beratus juga aku keluarkan untuk invest dalam bidang online business ni, antaranya untuk beli domain dan hosting, SEM, dan beli ads space untuk promote blog. Setakat ini, ROI (return of investment) agak menggalakkan.

Jadi, jangan takut untuk keluarkan modal untuk dapatkan lebih banyak pulangan.

Buat Duit Online, bagaimanakah?

Akhirnya habis jugak exam final aku hari ini, minta maaf sebab berapa lama dah blog ni tak di update. Walau tak update pun, RSS reader blog buat duit meningkat kepada 200+. Terima kasih aku ucapkan kepada pembaca-pembaca setia blog buat duit ni walaupun lama aku tak update.

Dalam masa aku busy dengan final exam, aku dapat banyak email-email daripada pembaca blog ni, antaranya bertanyakan aku pasal paypal, dan paling banyak sekali adalah soalan bagaimana caranya aku buat duit secara online.

Kebanyakannya bertanyakan tentang screenshot bulan april dan screenshot bulan march yang aku letak dalam blog ni. Ok, ni adalah contoh soalan yang diajukan kepada aku oleh seorang pembaca blog yang setia ;)



Bagaimana aku buat duit secara online? Sebenarnya ada banyak cara, tapi asasnya adalah dua perkara iaitu:

1) Menjual produk fizikal - apa-apa benda fizikal yang anda boleh jual di lelong.com.my atau ebay.com.my. Untuk target pembeli luar negara, better gunakan www.ebay.com

2) Menjual produk digital - termasuk eBook, Link selling, ads space, services design dsb.

Tentang produk fizikal, mungkin tiada banyak yang perlu anda tahu lagi sebab dah jelas konsepnya adalah mudah. Anda ada barang, dan anda ingin jual kepada orang lain. Jadi, untuk bermula dengan bisnes seperti ini, anda boleh 'create' akaun di eBay atau Lelong. Baca FAQ mereka jika anda menghadapi masalah.

eBook

Apa yang aku tekankan 'lebih sikit' adalah produk digital. First produk digital yang aku jual adalah eBook. eBook adalah singkatan bagi 'electronics book'. Sifat-sifat seperti buku biasa sama cuma bezanya adalah ianya dalam format *.pdf. Macammana nak buat eBook? Aku ada tulis satu report tentang cara-cara nak buat eBook, tapi buat masa ni aku tak boleh nak bagi link untuk download, sebab terlalu banyak file dalam komputer ni, kene periksa satu-satu balik. Aku akan berikan link untuk download report tersebut dalam post akan datang.

Link Selling

Sebelum PageRank (PR? apa tu?) update yang lepas, aku banyak buat duit melalui teknik ni. Aku ada satu blog yang PR3, so aku jual link space dekat situ. Ia lebih kurang menyewakan satu 'space' kepada orang lain dalam blog anda. Kebanyakannya adalah text links ads (iklan yang berbentuk teks). Kenapa orang nak beli links? Aku pernah juga tanya soalan ni pada diri aku, kenapa orang terlalu taksub nak beli links, sebabnya adalah untuk meningkatkan kedudukan dalam Search Engine Rankings. Kerana inbound link yang berkualiti akan meningkatkan kualiti blog anda.

Tapi, lepas update yang baru ni, blog aku hilang PR, so aku terpaksa cari jalan lain untuk buat duit secara online.

Design Services

Tentang benda ni, aku akui korang semua kena ada bakat dalam bidang designing. Kalau takde bakat, mungkin orang taknak beli hasil kerja korang. Contoh-contoh design yang korang boleh buat adalah design website, design banner dan logo.

Semua benda memerlukan pembeli, kalau takde pembeli maka tak boleh buat duit secara online. Jadi untuk produk digital, banyak pembeli 'bersembunyi' dalam forum-forum antarabangsa dan tempatan.

Antara forum-forum yang merupakan 'lubuk emas' dan mempunyai ramai pembeli bersembunyi adalah:

1) Digitalpoint
2) Sitepoint
3) v7n
4) Namepros
5) Wangcyber

dan banyak lagi. So, selamat mencuba buat duit secara online dan aku harap korang berjaya! Pasal paypal, aku akan cerita panjang lebar dalam post akan datang.

Duit Bulan April

Kebiasaannya, setiap awal bulan, aku akan postkan tentang pendapatan aku pada bulan sebelumnya. Jadi post hari ini adalah berkaitan dengan pendapatan aku melalui medium online. Untuk bulan ini, aku banyak fokuskan kearah benda-benda yang mudah dan senang. Iaitu tugas-tugas yang tidak membebankan, aku tidak menumpukan langsung sumber pendapatan online kepada affiliate. Sebaliknya lebih kepada tugas-tugas posting di blog, designing banner dan penjualan link (text link ads).

Untuk bulan April ini, jumlah keseluruhan pendapatan online aku adalah $131.76. Semua pendapatan aku aku perolehi melalui paypal. Ini adalah 'screenshot' paypal akaun aku:

Klik untuk besarkan imej:












Pendapatan online ini semua aku perolehi melalui beberapa langkah mudah, sesiapa pun boleh lakukannya:

1) Designing (tidak perlu design keseluruhan website, cukup dengan design yang simple-simple seperti logo dan banner)

2) Penulisan Article/Blog Post (kebiasaannya aku akan cari blog yang owner nya tidak mempunyai masa untuk updatekan blog mereka, dan aku akan offerkan diri untuk menulis dalam blog mereka. Mereka ini boleh dijumpai di forum-forum webmaster)

3) Penjualan link (Terdapat banyak pengiklan yang ingin mengiklan di "spot-spot" tertentu dalam blog anda).

Itu saja! Ini adalah cara-cara aku menjana pendapatan pada bulan April. Nantikan cara-cara yang akan aku cuba untuk bulan hadapan, sudah pastinya akan lebih banyak kerana aku dah tak banyak assignment lagi!

Berapa banyak pendapatan anda bulan lepas?

Google update PR

Hari ini kecoh dalam forum DP tentang kebanyakan PR (Pagerank) yang dah berubah. Ada yang turun dan ada yang naik mendadak. Daripada PR0 terus PR4 pun ada. Tak tidur malam dibuatnya aku bila diorang dah kecoh-kecoh kat DP. Diorang bincang juga, update ni sekurang-kurangnya boleh finalize dalam a week time.

So, tadi aku baru je check PR blog ni, tapi buat aku confuse sikit. Sebabnya dekat Google Toolbar, PR blog buat duit ni adalah 2, tapi bila aku check dekat website "PageRank Checker", aku dapat details PR0 untuk blog ni.

Tapi, walau macam mana pun, update kali ni betul-betul mengecewakan sebab, kebanyakan blog aku turun PR nya. daripada 3 ke 0, daripada 2 ke 1, semuanya turun. Naik pun tak banyak, dari PR0 ke PR1. Nampaknya lepas ni kene gigih lagi cari backlink yang berkualiti untuk update yang akan datang.

Aku gembira juga dalam sedih-sedih tu, sebab SERP tak berubah akibat daripada perubahan baru PageRank oleh Google ni.

Korang punya PR macammana?

Bagi yang kurang pasti apa itu PR, boleh baca post aku yang dulu-dulu tentang Pagerank.