Buat Duit Online, bagaimanakah?

Akhirnya habis jugak exam final aku hari ini, minta maaf sebab berapa lama dah blog ni tak di update. Walau tak update pun, RSS reader blog buat duit meningkat kepada 200+. Terima kasih aku ucapkan kepada pembaca-pembaca setia blog buat duit ni walaupun lama aku tak update.

Dalam masa aku busy dengan final exam, aku dapat banyak email-email daripada pembaca blog ni, antaranya bertanyakan aku pasal paypal, dan paling banyak sekali adalah soalan bagaimana caranya aku buat duit secara online.

Kebanyakannya bertanyakan tentang screenshot bulan april dan screenshot bulan march yang aku letak dalam blog ni. Ok, ni adalah contoh soalan yang diajukan kepada aku oleh seorang pembaca blog yang setia ;)



Bagaimana aku buat duit secara online? Sebenarnya ada banyak cara, tapi asasnya adalah dua perkara iaitu:

1) Menjual produk fizikal - apa-apa benda fizikal yang anda boleh jual di lelong.com.my atau ebay.com.my. Untuk target pembeli luar negara, better gunakan www.ebay.com

2) Menjual produk digital - termasuk eBook, Link selling, ads space, services design dsb.

Tentang produk fizikal, mungkin tiada banyak yang perlu anda tahu lagi sebab dah jelas konsepnya adalah mudah. Anda ada barang, dan anda ingin jual kepada orang lain. Jadi, untuk bermula dengan bisnes seperti ini, anda boleh 'create' akaun di eBay atau Lelong. Baca FAQ mereka jika anda menghadapi masalah.

eBook

Apa yang aku tekankan 'lebih sikit' adalah produk digital. First produk digital yang aku jual adalah eBook. eBook adalah singkatan bagi 'electronics book'. Sifat-sifat seperti buku biasa sama cuma bezanya adalah ianya dalam format *.pdf. Macammana nak buat eBook? Aku ada tulis satu report tentang cara-cara nak buat eBook, tapi buat masa ni aku tak boleh nak bagi link untuk download, sebab terlalu banyak file dalam komputer ni, kene periksa satu-satu balik. Aku akan berikan link untuk download report tersebut dalam post akan datang.

Link Selling

Sebelum PageRank (PR? apa tu?) update yang lepas, aku banyak buat duit melalui teknik ni. Aku ada satu blog yang PR3, so aku jual link space dekat situ. Ia lebih kurang menyewakan satu 'space' kepada orang lain dalam blog anda. Kebanyakannya adalah text links ads (iklan yang berbentuk teks). Kenapa orang nak beli links? Aku pernah juga tanya soalan ni pada diri aku, kenapa orang terlalu taksub nak beli links, sebabnya adalah untuk meningkatkan kedudukan dalam Search Engine Rankings. Kerana inbound link yang berkualiti akan meningkatkan kualiti blog anda.

Tapi, lepas update yang baru ni, blog aku hilang PR, so aku terpaksa cari jalan lain untuk buat duit secara online.

Design Services

Tentang benda ni, aku akui korang semua kena ada bakat dalam bidang designing. Kalau takde bakat, mungkin orang taknak beli hasil kerja korang. Contoh-contoh design yang korang boleh buat adalah design website, design banner dan logo.

Semua benda memerlukan pembeli, kalau takde pembeli maka tak boleh buat duit secara online. Jadi untuk produk digital, banyak pembeli 'bersembunyi' dalam forum-forum antarabangsa dan tempatan.

Antara forum-forum yang merupakan 'lubuk emas' dan mempunyai ramai pembeli bersembunyi adalah:

1) Digitalpoint
2) Sitepoint
3) v7n
4) Namepros
5) Wangcyber

dan banyak lagi. So, selamat mencuba buat duit secara online dan aku harap korang berjaya! Pasal paypal, aku akan cerita panjang lebar dalam post akan datang.

5 comments:

leman said...

Salam Sdra Hafiz,

Saya adalah salah seorang peminat blog ini.

Mohon saudara perjelaskan lebih lanjut tentang "link selling" dalam post saudara yg akan datang.

Thanks.

[OrangBiasa]

abdfatah said...

servis setup blog bagi yang dah mahir blog

abdfatah said...

camner nak berforum yang berkesan yang boleh menghasilkan duit semata-mata?

Syawani Asya said...

terima kasih,atas tunjuk ajar abang...best dpt bc blog awak..

Norhafidz said...

same2 syawani, tak de ape pon sebenarnya, kongsi pengalaman je :)