Duit Bulan April

Kebiasaannya, setiap awal bulan, aku akan postkan tentang pendapatan aku pada bulan sebelumnya. Jadi post hari ini adalah berkaitan dengan pendapatan aku melalui medium online. Untuk bulan ini, aku banyak fokuskan kearah benda-benda yang mudah dan senang. Iaitu tugas-tugas yang tidak membebankan, aku tidak menumpukan langsung sumber pendapatan online kepada affiliate. Sebaliknya lebih kepada tugas-tugas posting di blog, designing banner dan penjualan link (text link ads).

Untuk bulan April ini, jumlah keseluruhan pendapatan online aku adalah $131.76. Semua pendapatan aku aku perolehi melalui paypal. Ini adalah 'screenshot' paypal akaun aku:

Klik untuk besarkan imej:












Pendapatan online ini semua aku perolehi melalui beberapa langkah mudah, sesiapa pun boleh lakukannya:

1) Designing (tidak perlu design keseluruhan website, cukup dengan design yang simple-simple seperti logo dan banner)

2) Penulisan Article/Blog Post (kebiasaannya aku akan cari blog yang owner nya tidak mempunyai masa untuk updatekan blog mereka, dan aku akan offerkan diri untuk menulis dalam blog mereka. Mereka ini boleh dijumpai di forum-forum webmaster)

3) Penjualan link (Terdapat banyak pengiklan yang ingin mengiklan di "spot-spot" tertentu dalam blog anda).

Itu saja! Ini adalah cara-cara aku menjana pendapatan pada bulan April. Nantikan cara-cara yang akan aku cuba untuk bulan hadapan, sudah pastinya akan lebih banyak kerana aku dah tak banyak assignment lagi!

Berapa banyak pendapatan anda bulan lepas?

6 comments:

afham said...

pergh!!
ok ar tu bro..

Anonymous said...

Salam sejahtera Sdr. Hafidz,

Saya baru sahaja hendak berjinak-jinak dengan buat duit melalui blogging/online ni. Sekarang tengah buat research dengan browsing around dan baca blog2 tempatan yang telah berjaya dalam bidang ini. Banyak maklumat yang telah saya dapat dan banyak juga yang saya rasa masih belum lagi saya perolehi.

Saya ingin memohon penjelasan saudara mengenai akaun "paypal" - Bagaimana caranya untuk mendaftar? Apakah syarat2nya?

Harapan saya agar saudara dapat jelaskan dalam penulisan saudara yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

[OrangBiasa]

Anonymous said...

Salam...hebat lah bro nie....boleh ajar detail tak? saya punya blog http://rajaklawak.blogmas.com tp blm ada hasil :)

Anonymous said...

untuk seorang yang terer. Ini satu pencapaian yang bagus! Hehe :)

Teruskan usaha ko. Aku suka tengok screenshot ko tiap2 bulan.

megat said...

Salam
Wah bagusnyer.
At least ade juga pendapatan dari internet.
Saya baru nak belajar.
dan taktau nak mula dari mana.

Harap selalu diupdate dengan tips ya.
:)

Duit Gratisan said...

Selamat ya, semoga semakin sukses aja. Salam dari Indonesia