Duit Tanpa Modal?

Betul ke boleh buat duit tanpa modal? Semuanya bergantung kepada program apa yang anda ingin lakukan. Contohnya kalau macam Google AdSense, memang tak payah keluarkan modal, sebabnya pendaftaran untuk program ini adalah percuma dan tidak perlu anda menggunakan domain dan hosting sendiri sebab Google dah sediakan blogspot.com sebagai medium untuk anda gunakan sebagai blog dan tempat meletakkan AdSense. Berbeza dengan wordpress.com (Versi percuma), mereka tidak membenarkan anda melatakkan iklan di ruangan blog.

Bagaimana dengan Program-Program lain?

Program-program seperti affiliate juga bergantung kepada strategi anda, kebanyakannya memerlukan sedikit modal untuk mula. Sebagai contoh, kalau anda memilih untuk mempromosikan barangan affiliate tersebut dengan cara SEM (Search Engine Marketing), anda perlu mengeluarkan sedikit modal.

Begitu juga untuk domain dan hosting. Tentang program-program yang hangat macam "tak perlu kerja dah dapat duit", "jutawan segera" dan macam-macam lagi, aku tak berani nak setuju atau tidak. Anda kena banyak lakukan research sebelum join apa-apa program di internet.

Macam aku sendiri, dah beratus juga aku keluarkan untuk invest dalam bidang online business ni, antaranya untuk beli domain dan hosting, SEM, dan beli ads space untuk promote blog. Setakat ini, ROI (return of investment) agak menggalakkan.

Jadi, jangan takut untuk keluarkan modal untuk dapatkan lebih banyak pulangan.

0 comments: