Jangan lupa 'validate' subscription anda.

Alhamdulillah, setakat ni, ada 339 subscribers yang melanggan post-post dalam blog ini. Setelah hampir 2 tahun blog ini dibangunkan, berjaya juga dapat jumlah macam tu. Tetapi, menurut Feedburner.com jumlah sebenar subscriber blog buat duit ini adalah: Total Subscribers: 516. Tetapi count yang ada pada chicklet hanyalah 339 orang subscribers.

Ini adalah kerana selebihnya subscriber tidak 'validate' email mereka. Mungkin 'email verification' dari feedburner.com tercampak ke dalah spam folder ataupun lupa untuk 'validate' langganan.

Jadi, lepas ni, kalau nak subscribe pastikan korang semua validate email korang untuk mendapatkan post-post daripada blog ini terus ke email korang.

Cara-cara untuk subscribe

  • Masukkan email anda ke dalam ruangan langganan di atas.
  • Masukkan 'captcha' iaitu huruf-huruf dalam box yang ditunjukkan untuk tujuan menghalang spam.
  • check email anda, pastikan ianya dari feedburner.com dan klik pada 'validation url'
Aku rasa, kebanyakkan subscribers terlupa pada step yang terakhir. Oleh itu, jadi subscriber yang tidak di'validate'. Semua post-post terbaru tidak dihantar kepada mereka. See? betapa ruginya tak validate subscription :)

Tool yang sangat berharga dalam perniagaan Internet

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Saya AmmarZahar dari Perniagaaninternet.com/blog

Saya ingin berkongsi dengan semua pembaca maricari-duit.blogspot.com
mengenai Autoresponder.

Sudahkah anda mempunyai autoresponder?

Ni bukannya soalan iklan ya. Hehe. Sebelum anda menjawab soalan tersebut,
suka saya ingatkan kat anda bahawa mailing list itu adalah duit anda.
Saya pasti topik mailing list dah pun disentuh dalam blog ni.

Zaman sekarang dah berubah.Mungkin dulu, orang beli kat website hanya lihat testimonial
untuk mempercayai produk tersebut samada berkualiti ataupun tidak. Tapi sekarang,
banyak usahawan internet dilahirkan setiap hari. Err..maksud saya
semakin banyak orang yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet.

Bila semakin banyak perniagaan internet muncul, orang ramai mula sedar mereka perlukan
kepastian yang lebih untuk membeli. Anda pun begitu kan?

Jadi, sebagai usahawan internet yang ingin meyakinkan pengguna, autoresponder
menjadi tools yang wajib dalam menjalankan perniagaan internet. Maksudnya, jika
anda nak buat sesuatu promosi ataupun berniaga di internet,anda perlu meyakinkan
bakal pembeli anda tentang produk anda banyak kali. Saya sendiri tidak akan
terus membeli sesuatu produk dengan hanya sekali tengok je. Ramai yang begitu.

Jadi bagaimana nak yakinkan orang yang tak terus membeli ni ya??

Jawapannya kumpul email mereka dan hantarkan beberapa email kepada mereka. Selitkan
tips-tips bermanfaat dalam email anda tersebut.Pasti keyakinan mereka akan meningkat.

Nak kumpul email orang ni ada banyak cara. Boleh je mintak email di Friendster atau
Myspace. Tapi, macam mana nak hantar email dengan sekaligus dan mengumpul email tanpa
meminta-monta? Senang saja. Anda perlulah memiliki Autoresponder :)

Baiklah, kalau anda perlukan panduan tentang Autoresponder ni, boleh download ebook
PERCUMA dari saya iaitu Rahsia Squeeze Page. Bukan saja saya ajar tentang Autoresponder secara percuma, malah saya akan ajar step-by-step nak buat squeeze page. Nak tau lebih banyak, boleh pergi ke blog saya. Kita jumpa disana!:)

JV Partners

Jika anda sudah mempunyai produk (samada digital mahupun fizikal, apa itu produk digital dan fizikal?), juga mempunyai web jualan, perkara seterusnya yang perlu anda buat adalah "menguatkan network" anda. Dalam apa-apa perniagaan, networking adalah penting untuk mendapatkan "potential customer".

JV Partner

JV atau pun joint venture adalah istilah yang digunakan untuk bekerjasama dengan pengusaha perniagaan yang lain. Penting untuk anda mencari JV sebelum pelancaran produk untuk pelbagai tujuan. Tujuan paling utama adalah promosi dan potensi pembeli. Melalui beberapa JV yang 'besar', anda sudah berjaya mengurangkan kos untuk promosi produk anda kepada beribu orang.

JV yang 'besar' bermaksud mereka (pengusaha perniagaan) yang mempunyai subscriber yang banyak dan mempunyai pengikut yang setia, juga yang sudah 'establish'.

Bagaimana mencari JV Partner?

Ia bergantung kepada niche anda, apa yang biasa aku lakukan adalah search di Google tentang blog yang berkaitan dengan produk aku. Ia juga bergantung kepada kebolehan anda untuk 'close deal'. Selalunya JV partner juga inginkan 'win-win situation', jadi beri sesuatu yang boleh menarik perhatian JV partner untuk bekerjasama dengan anda.

www.TL.my - Pemendek Domain dari Malaysia



ww.tl.my - Pemendek Website No 1 Malaysia

Sebagai seorang blogger mahupun pengusaha online, penggunaan nama domain yang pendek dan mudah di ingati amat penting, contohnya macam maricari-duit.blogspot.com ni aku jadikan duit.tl.my, supaya mudah orang ingat.

Nampak macam tak penting, tapi sebenarnya nama domain yang menarik dan simple menyebabkan kehadiran 'repeating visitors' (bagus dari segi marketing). So, hari ini aku nak share tentang satu laman web Malaysia pertama yang membolehkan korang menggunakan nama domain yang mudah diingat dan simple. Mereka menawarkan khidmat 'memendekkan' nama domain korang dengan menggunakan extension TL.my.

Katalah anda memilih nama domain anda duit-online-sekarang.blogspot.com, anda boleh ringkaskan nama domain ini dengan extension .TL.my -> duitonline.TL.my.

Kelebihan menggunakan TL.MY ialah:
  • Memudahkan pengguna blog @ laman web anda nak ingat lamanweb anda.
  • Lebih menarik menggunakan TL.MY dari nama.blogspot.com atau nama.wordpress.org
  • Nama itu akan menjadi hak anda untuk selama-lamanya tanpa perlu bayar apa-apa.
  • Nama-nama TL.MY ini boleh dilistkan dalam Yahoo dan Google search.
  • Anda boleh menggunkan TL.MY untuk mana-mana website anda tak kiralah blog,website free hosting ataupun profile anda di Friendste atau Myspace.

Perkhidmatan yang ditawarkan mereka adalah percuma. Setakat ini domain extension yang ada adalah *.TL.my. Kalau nak tahu update terbaru atau nak tanya apa-apa masalah, boleh lawat blog mereka di http://www.blog.tl.my

Ringkaskan nama domainkorang sekarang!

Boleh ke Buat Duit Kalau Beri Barang Percuma?

Secara peribadi, aku pernah menggunakan teknik beri produk secara percuma kepada orang ramai. Cara ini amat bagus dan berkesan sekali untuk mengumpul email list dan dikenali sebagai email marketing. Melalui cara ini, korang akan dapat membina email list anda sendiri menggunakan produk yang diberi percuma kepada orang ramai.

Sedikit Sebanyak Tentang Email List.

Satu website mudah dan ringkas atau 'squeeze page' akan dibina oleh Internet Marketer untuk tujuan mendapatkan nama dan alamat email target mereka. Untuk mendapatkan produk percuma ini, kebiasaannya, email dan nama mereka akan diminta untuk tujuan penghantaran download link untuk produk tersebut. Tetapi, hakikatnya, ia sebenarnya adalah untuk email list. Nama dan alamat email mereka akan disimpan dalam database autoresponder.

Ramai yang berkata, "the money is on your list", tetapi tanpa follow-up yang betul, "the money will not be on your list". Korang harus melakukan follow-up seperti newsletter yang di beri secara berkala, maksudnya monthly, weekly, atau kalau rajin beri secara hari-hari. Yap, memang kena rajin dalam email marketing.

Newsletter yang diberi boleh dalam bentuk tips, atau tawaran istimewa yang melibatkan pembelian oleh subscriber anda, dari sinilah wang dari list itu terhasil. "Support" yang baik juga amat penting untuk membina keyakinan subscriber terhadap korang.

Cara korang menulis newsletter juga mestilah nampak asli (natural). Seolah-olah anda bercakap dengan mereka supaya mereka lebih yakin bahawa email tersebut dihantar khas untuk mereka. Ramai Top IM dalam dan luar negara yang menggunakan teknik ini untuk mendapatkan "conversion" untuk produk mereka. Aku masih mengkaji teknik ini, sebabnya aku tidak punya masa untuk update subscriber aku dengan newsletter :).

Selamat mencuba marketing dengan email list!

New Blog Milestone! 300 RSS Readers

Bunyi topik kali ni lain sikit, bahasa Inggeris. Yap, blog ini dah pun mencatat rekod baru dengan lebih 300 RSS Readers menjadi subscribers. Terima kasih aku ucapkan kerana sudi menjadi subcsriber blog aku. Insya'Allah, aku akan update dengan lebih 'frequent' lagi dengan tips-tips berkaitan dengan cara buat duit online.

Teknik SEO

Untuk pengetahuan semua, aku sekarang sedang sibuk untuk menyiapkan (dah siap dah pun, nak kasi cantik lagi) satu produk tentang SEO, iaitu aku bagi nama Teknik SEO. Produk ni adalah digital produk, iaitu eBook dalam bentuk PDF (Portable Document Format), selalunya dibaca menggunakan adobe acrobat reader.

Dalam produk ni, aku berceloteh tentang pengalaman selama 2 tahun aku dalam bidang SEO dan Internet Marketing berasaskan Search Engine Optimization. Penuh dengan Tips dan Trick yang kebanyakkannya tidak pernah aku dedahkan dalam blog ini.


Semua cara yang aku gunakan untuk menempatkan blog ini pada tempat pertama dalam ranking Google aku kupas dalam Teknik SEO. Tujuan aku buat produk ni adalah untuk meletakkan semua teknik SEO yang aku tahu (yang membantu menempat blog ini pada carta no.1 Google) dalam satu tempat untuk korang faham dengan "level-by-level".

Salah satu komen yang dipetik dari usahawan internet muda, Labanon (http://www.flarebiz.com):

"eBook SEO yang sangat menarik dan mudah difahami. Sangat membantu saya dalam bersaing untuk mendapat tempat yang terbaik di Search Engine.

Ebook ini sangat detail dan menunjukkan langkah demi langkah bagaimana ingin memaksimakan penggunaan keyword dalam laman web.

Newbie yang tak tahu apa-apapun mampu untuk memahami ebook ini dengan baik.

Saya amat menyarankan semua membaca ebook ini. Tahniah Norhafidz di atas penghasilan ebook yang sangat menarik"


Takde rahsia lagi lepas ni, semuanya ada dalam Teknik SEO. Produk ini akan dijual dengan harga rendah - RM37.00 untuk tempoh promosi selepas "launching".

Mengapa Perlu Berada Pada Kedudukan Teratas Search Engine?

Berbillion pengguna internet menggunakan search engine seperti Google, Yahoo, MSN dan lain-lain untuk mencari samada website, produk, perkhidmatan, cerita-cerita dan sebagainya. Jadi, penting untuk kita berada pada kedudukan teratas carta keputusan bagi search engine ini. Umum mengetahui, para pengguna search engine ini pasti akan klik pada website yang berada pada kedudukan teratas dalam keputusan carian.

Jika website korang tidak berada pada kedudukan page pertama, kerugian mendapatkan traffic yang besar telah korang alami. Kena ingat juga, bukan korang sahaja yang bersaing untuk sesuatu "niche", berjuta-juta lagi malah mungkin lebih, bersaing sesama sendiri untuk berada di kedudukan teratas.

Jika korang penggiat adsense, bidvertiser atau apa sahaja program yang memerlukan traffic berduyun-duyun ke website anda, teknik ini merupakan teknik yang sesuai jika anda "target" untuk niche dan keyword yang tertentu.

Sudah nampak kepentingan Search Engine Optimization?

Tempah Teknik SEO sekarang!

Web Jualan

Jika anda sudah mempunyai produk (samada digital mahupun fizikal, apa itu produk digital dan fizikal?), langkah seterusnya yang perlu ada untuk anda jual produk tersebut dan buat duit melaluinya adalah satu web jualan (salesletter) dan affiliate system. Web jualan penting untuk anda menceritakan dan dalam masa yang sama mempengaruhi bakal-bakal pembeli dengan bukti-bukti dan celoteh anda. Manakala sistem affiliate pula membolehkan anda 'merekrut' Internet Marketer yang lain untuk melakukan jualan untuk anda dan dalam masa yang sama anda memberikan mereka komisen per jualan. Lihat contoh web jualan di sini.

Apa itu Web Jualan?

Web jualan kebiasaannya adalah 'one-page-website' yang mana di dalamnya mengandungi isi tentang sesuatu topik disertakan dengan imej-imej.

Bagaimana Mencipta Web Jualan?

Ada 2 cara untuk buat web jualan, yang pertama adalah 'tempah' web jualan anda melalui designer yang bertauliah, kebiasaannya, untuk satu design web jualan (tidak termasuk content dan sistem affiliate), harganya boleh mencapai sehingga RM150 dan ke atas. (cara ini untuk anda yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang designing). Cara yang kedua adalah design sendiri web jualan anda dengan menggunakan Microsoft Frontpage, Macromedia Dreamweaver atau Adobe Photoshop.

Mengapa Perlu Web Jualan?

Sebab utama korang perlu web jualan ni adalah untuk tujuan sebagai 'medium' kepada pembeli untuk mengetahui produk anda dengan lebih mendalam. Kerana di dalam web jualan tersebut, akan ada setiap 'detail' tentang produk anda (yang perlu anda tulis sendiri), beserta dengan imej-imej tentang produk anda.

Ia juga digunakan sebagai medium untuk bakal-bakal pelanggan membeli produk anda secara online.

Panduan Membina Laman Web



Jika anda kurang pengetahuan tentang program-program ini, aku ada satu produk yang bagus untuk korang cuba tingkatkan pengetahuan dan seterusnya mencipta web jualan korang sendiri. Produk daripada saudara Mustahing Saide ini merupakan satu produk yang boleh saya katakan sangat lengkap untuk sesiapa yang ingin mempelajari cara-cara buat website dan web jualan sendiri.

Semua cara-cara basic diajar dalam eBook ini dari bagaimana membuat sidebar ke topik bagaimana setup autoresponder. Ianya dijual pada harga RM37.00 (menurut saudara Mustahing Saide, harga ini adalah tidak tetap, ia boleh naik bila-bila masa sahaja), untuk eBook yang mempunyai 189 mukasurat maklumat paling lengkap, aku rasa harga itu SUNGGUH murah!

Tempah Panduan Bina Laman Web Sekarang!

Dan mula buat web jualan untuk produk anda.

Soalan tentang Feedburner

Banyak juga email yang aku dapat juga private message dari beberapa forum yang aku aktif bertanyakan soalan tentang hal-hal online. Ada beberapa sahabat yang bertanyakan tentang feedburner. Macammana nak letak chicklet, email subscription dan sebagainya.




*klik untuk imej yang lebih besar dan jelas.

Untuk penerangan tentang feedburner, kalau perasan aku ada buat satu post tentang feedburner, cara-cara nak dapatkan HTML code dan sebagainya. Jadi, untuk persoalan tersebut, korang boleh rujuk di sini. Terima kasih kerana sudi bertanyakan soalan!

Duit Bulan Mei

Yup, hari ni dah 3 hb, memang aku terlambat sangat-sangat untuk umumkan duit bulan Mei. Aku minta maaf sebab bulan ni memang terlalu sibuk, walaupun aku tak expect untuk jadi sesibuk ini (sebab bulan ni cuti semester). Rupanya, cuti ni la yang lagi sibuk dari hari biasa. Masa ni la nak berjalan (almost every weekend pegi jalan-jalan, plus cuti sekolah pulak tu) bersama keluarga, nak cat rumah dan sebagainya.

So, takde masa nak spend kat blog dan buat duit online. Oleh itu, online income aku untuk bulan Mei amat mendukacitakan. Boleh tengok kat screenshot ni:

klik imej untuk besarkan:



Pendapatan bulan Mei:



1GBP = $1.56
Jadi, 8GBP = $12.48

Penjualan link: $22.48
Google AdSense: $5.95
Affiliate Commision: $0.00

Total: $28.43

Jadinya, pendapatan online aku bulan ni tak banyak sangat atas dua sebab:

1) Jarang Online
2) Google update PR

Sebab pertama tu aku tak jangka sebab aku jangkakan lebih masa online untuk bulan Mei, memandangkan aku cuti semester, tapi lain pula jadinya, bertambah kurang masa aku untuk online.

Google seperti yang kita tahu dah update PR untuk suku pertama tahun 2008. Salah satu blog aku yang dah menyumbang $100+ dolar melalui link selling telah drop PRnya daripada 3 ke 0. Jadi permintaan untuk link pada blog tersebut 99% telah menurun, cuma ada seorang sahaja yang beli link dalam blog tersebut pada bulan Mei ini.

Jika ini kali pertama korang ke sini, lihat juga pendapatan bulan April dan pendapatan bulan Mac aku. Berapa pendapatan online korang untuk bulan Mei?