Boleh ke Buat Duit Kalau Beri Barang Percuma?

Secara peribadi, aku pernah menggunakan teknik beri produk secara percuma kepada orang ramai. Cara ini amat bagus dan berkesan sekali untuk mengumpul email list dan dikenali sebagai email marketing. Melalui cara ini, korang akan dapat membina email list anda sendiri menggunakan produk yang diberi percuma kepada orang ramai.

Sedikit Sebanyak Tentang Email List.

Satu website mudah dan ringkas atau 'squeeze page' akan dibina oleh Internet Marketer untuk tujuan mendapatkan nama dan alamat email target mereka. Untuk mendapatkan produk percuma ini, kebiasaannya, email dan nama mereka akan diminta untuk tujuan penghantaran download link untuk produk tersebut. Tetapi, hakikatnya, ia sebenarnya adalah untuk email list. Nama dan alamat email mereka akan disimpan dalam database autoresponder.

Ramai yang berkata, "the money is on your list", tetapi tanpa follow-up yang betul, "the money will not be on your list". Korang harus melakukan follow-up seperti newsletter yang di beri secara berkala, maksudnya monthly, weekly, atau kalau rajin beri secara hari-hari. Yap, memang kena rajin dalam email marketing.

Newsletter yang diberi boleh dalam bentuk tips, atau tawaran istimewa yang melibatkan pembelian oleh subscriber anda, dari sinilah wang dari list itu terhasil. "Support" yang baik juga amat penting untuk membina keyakinan subscriber terhadap korang.

Cara korang menulis newsletter juga mestilah nampak asli (natural). Seolah-olah anda bercakap dengan mereka supaya mereka lebih yakin bahawa email tersebut dihantar khas untuk mereka. Ramai Top IM dalam dan luar negara yang menggunakan teknik ini untuk mendapatkan "conversion" untuk produk mereka. Aku masih mengkaji teknik ini, sebabnya aku tidak punya masa untuk update subscriber aku dengan newsletter :).

Selamat mencuba marketing dengan email list!

0 comments: