Duit Bulan Mei

Yup, hari ni dah 3 hb, memang aku terlambat sangat-sangat untuk umumkan duit bulan Mei. Aku minta maaf sebab bulan ni memang terlalu sibuk, walaupun aku tak expect untuk jadi sesibuk ini (sebab bulan ni cuti semester). Rupanya, cuti ni la yang lagi sibuk dari hari biasa. Masa ni la nak berjalan (almost every weekend pegi jalan-jalan, plus cuti sekolah pulak tu) bersama keluarga, nak cat rumah dan sebagainya.

So, takde masa nak spend kat blog dan buat duit online. Oleh itu, online income aku untuk bulan Mei amat mendukacitakan. Boleh tengok kat screenshot ni:

klik imej untuk besarkan:



Pendapatan bulan Mei:



1GBP = $1.56
Jadi, 8GBP = $12.48

Penjualan link: $22.48
Google AdSense: $5.95
Affiliate Commision: $0.00

Total: $28.43

Jadinya, pendapatan online aku bulan ni tak banyak sangat atas dua sebab:

1) Jarang Online
2) Google update PR

Sebab pertama tu aku tak jangka sebab aku jangkakan lebih masa online untuk bulan Mei, memandangkan aku cuti semester, tapi lain pula jadinya, bertambah kurang masa aku untuk online.

Google seperti yang kita tahu dah update PR untuk suku pertama tahun 2008. Salah satu blog aku yang dah menyumbang $100+ dolar melalui link selling telah drop PRnya daripada 3 ke 0. Jadi permintaan untuk link pada blog tersebut 99% telah menurun, cuma ada seorang sahaja yang beli link dalam blog tersebut pada bulan Mei ini.

Jika ini kali pertama korang ke sini, lihat juga pendapatan bulan April dan pendapatan bulan Mac aku. Berapa pendapatan online korang untuk bulan Mei?

3 comments:

era said...

salam bro,
camner nak dpt income dlm GBP aa

lankapo

ebooksduit said...

Akum!
standard la tu... jatuh bangun dalam berniaga ni. memang kalau dah cuti tu banyak keja nak buat, tetambah duk umah. apa2 pun truskan usaha anda. semoga berjaya...

Norhafidz said...

lankapo,

tu terpulang kepada perbincangan masa jual link tu, kalo bayar dalam GBP, akan dapat dalam GBP :)