JV Partners

Jika anda sudah mempunyai produk (samada digital mahupun fizikal, apa itu produk digital dan fizikal?), juga mempunyai web jualan, perkara seterusnya yang perlu anda buat adalah "menguatkan network" anda. Dalam apa-apa perniagaan, networking adalah penting untuk mendapatkan "potential customer".

JV Partner

JV atau pun joint venture adalah istilah yang digunakan untuk bekerjasama dengan pengusaha perniagaan yang lain. Penting untuk anda mencari JV sebelum pelancaran produk untuk pelbagai tujuan. Tujuan paling utama adalah promosi dan potensi pembeli. Melalui beberapa JV yang 'besar', anda sudah berjaya mengurangkan kos untuk promosi produk anda kepada beribu orang.

JV yang 'besar' bermaksud mereka (pengusaha perniagaan) yang mempunyai subscriber yang banyak dan mempunyai pengikut yang setia, juga yang sudah 'establish'.

Bagaimana mencari JV Partner?

Ia bergantung kepada niche anda, apa yang biasa aku lakukan adalah search di Google tentang blog yang berkaitan dengan produk aku. Ia juga bergantung kepada kebolehan anda untuk 'close deal'. Selalunya JV partner juga inginkan 'win-win situation', jadi beri sesuatu yang boleh menarik perhatian JV partner untuk bekerjasama dengan anda.

0 comments: