Tool yang sangat berharga dalam perniagaan Internet

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Saya AmmarZahar dari Perniagaaninternet.com/blog

Saya ingin berkongsi dengan semua pembaca maricari-duit.blogspot.com
mengenai Autoresponder.

Sudahkah anda mempunyai autoresponder?

Ni bukannya soalan iklan ya. Hehe. Sebelum anda menjawab soalan tersebut,
suka saya ingatkan kat anda bahawa mailing list itu adalah duit anda.
Saya pasti topik mailing list dah pun disentuh dalam blog ni.

Zaman sekarang dah berubah.Mungkin dulu, orang beli kat website hanya lihat testimonial
untuk mempercayai produk tersebut samada berkualiti ataupun tidak. Tapi sekarang,
banyak usahawan internet dilahirkan setiap hari. Err..maksud saya
semakin banyak orang yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet.

Bila semakin banyak perniagaan internet muncul, orang ramai mula sedar mereka perlukan
kepastian yang lebih untuk membeli. Anda pun begitu kan?

Jadi, sebagai usahawan internet yang ingin meyakinkan pengguna, autoresponder
menjadi tools yang wajib dalam menjalankan perniagaan internet. Maksudnya, jika
anda nak buat sesuatu promosi ataupun berniaga di internet,anda perlu meyakinkan
bakal pembeli anda tentang produk anda banyak kali. Saya sendiri tidak akan
terus membeli sesuatu produk dengan hanya sekali tengok je. Ramai yang begitu.

Jadi bagaimana nak yakinkan orang yang tak terus membeli ni ya??

Jawapannya kumpul email mereka dan hantarkan beberapa email kepada mereka. Selitkan
tips-tips bermanfaat dalam email anda tersebut.Pasti keyakinan mereka akan meningkat.

Nak kumpul email orang ni ada banyak cara. Boleh je mintak email di Friendster atau
Myspace. Tapi, macam mana nak hantar email dengan sekaligus dan mengumpul email tanpa
meminta-monta? Senang saja. Anda perlulah memiliki Autoresponder :)

Baiklah, kalau anda perlukan panduan tentang Autoresponder ni, boleh download ebook
PERCUMA dari saya iaitu Rahsia Squeeze Page. Bukan saja saya ajar tentang Autoresponder secara percuma, malah saya akan ajar step-by-step nak buat squeeze page. Nak tau lebih banyak, boleh pergi ke blog saya. Kita jumpa disana!:)

2 comments:

ebooksduit said...

bagusnya...

Anonymous said...

Mmg ada banyak cara untuk kumpul list.. antaranya ialah dgn buat squeeze page dengan tawarkan pelbagai stuff/content percuma..

~ http://www.rahsiaebiz.com