Web Jualan

Jika anda sudah mempunyai produk (samada digital mahupun fizikal, apa itu produk digital dan fizikal?), langkah seterusnya yang perlu ada untuk anda jual produk tersebut dan buat duit melaluinya adalah satu web jualan (salesletter) dan affiliate system. Web jualan penting untuk anda menceritakan dan dalam masa yang sama mempengaruhi bakal-bakal pembeli dengan bukti-bukti dan celoteh anda. Manakala sistem affiliate pula membolehkan anda 'merekrut' Internet Marketer yang lain untuk melakukan jualan untuk anda dan dalam masa yang sama anda memberikan mereka komisen per jualan. Lihat contoh web jualan di sini.

Apa itu Web Jualan?

Web jualan kebiasaannya adalah 'one-page-website' yang mana di dalamnya mengandungi isi tentang sesuatu topik disertakan dengan imej-imej.

Bagaimana Mencipta Web Jualan?

Ada 2 cara untuk buat web jualan, yang pertama adalah 'tempah' web jualan anda melalui designer yang bertauliah, kebiasaannya, untuk satu design web jualan (tidak termasuk content dan sistem affiliate), harganya boleh mencapai sehingga RM150 dan ke atas. (cara ini untuk anda yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang designing). Cara yang kedua adalah design sendiri web jualan anda dengan menggunakan Microsoft Frontpage, Macromedia Dreamweaver atau Adobe Photoshop.

Mengapa Perlu Web Jualan?

Sebab utama korang perlu web jualan ni adalah untuk tujuan sebagai 'medium' kepada pembeli untuk mengetahui produk anda dengan lebih mendalam. Kerana di dalam web jualan tersebut, akan ada setiap 'detail' tentang produk anda (yang perlu anda tulis sendiri), beserta dengan imej-imej tentang produk anda.

Ia juga digunakan sebagai medium untuk bakal-bakal pelanggan membeli produk anda secara online.

Panduan Membina Laman Web



Jika anda kurang pengetahuan tentang program-program ini, aku ada satu produk yang bagus untuk korang cuba tingkatkan pengetahuan dan seterusnya mencipta web jualan korang sendiri. Produk daripada saudara Mustahing Saide ini merupakan satu produk yang boleh saya katakan sangat lengkap untuk sesiapa yang ingin mempelajari cara-cara buat website dan web jualan sendiri.

Semua cara-cara basic diajar dalam eBook ini dari bagaimana membuat sidebar ke topik bagaimana setup autoresponder. Ianya dijual pada harga RM37.00 (menurut saudara Mustahing Saide, harga ini adalah tidak tetap, ia boleh naik bila-bila masa sahaja), untuk eBook yang mempunyai 189 mukasurat maklumat paling lengkap, aku rasa harga itu SUNGGUH murah!

Tempah Panduan Bina Laman Web Sekarang!

Dan mula buat web jualan untuk produk anda.

0 comments: