Proper Planning dan ROI

Semalam aku belajar satu subject menarik dalam course aku, iaitu Project Management. Sangat menarik sebab subject ini ada kaitan dengan business, walaupun major aku adalah Engineering.
Aku pernah cuba buat semua kerja bersendirian, termasuk mereka bentuk web jualan dan coding php untuk form. Memang bagus kalau tahu buat semuanya, tetapi sebenarnya, ia merupakan satu kesilapan BESAR. Mengapa aku kata begitu?

Untuk sesuatu project, mesti ada goal, objective, ROI (Return of Investment), proper schedule dan sebagainya. Baru-baru ini, aku baru launch satu projek eBook untuk jualan. Dalam kes ini, ROI aku sangat tinggi kerana aku hanya membelanjakan sebiji domain sahaja (yang bernilai RM30). ROI aku melebihi 700%, tetapi, kerana itu, masa yang di ambil untuk melebihi 4 bulan untuk menyiapkan projek ini. Nampak dimana silapnya? sedangkan 4 bulan terlalu lama untuk hanya sebuah projek. Jika 4 bulan itu aku boleh siapkan 4 projek, dan keempat-empatnya menyumbangkan jualan, ROI aku akan jadi 'times by four'.

Walaupun ROI tinggi, aku boleh dapat lebih daripada itu jika aku melakukan 'proper scheduling'. Iaitu mengupah orang lain buat web jualan, php sbgnya, dan selebihnya seperti iklan dan promosi. Hasilnya akan lebih baik dan aku boleh menumpukan lebih banyak perhatian untuk projek-projek akan datang.

Walaupun kesilapan besar ini amat lambat aku sedari, tetapi korang juga harus 'aware' bahawa usahawan adalah orang yang pandai buat duit melalui proper planning, bukan pandai buat semua benda :)

4 comments:

EbookFree said...

btui hang cakap tu. planning memang penting. strategi memang penting. kalu tak rugi masa, duit, tenaga and macam2 lagi...

shazie said...

susah ker nk star sume nie?
dah berape thun exp buat bende nie?

usri said...

I agree with u.
Proper planning is very important more than technical skill.

paan said...

setuju sangat.work smart not word hard.hehehe