Perasan ada ads kat blog cari duit?

kalo korang perasan, aku ada letak beberapa ads kat blog ni untuk tempoh beberapa bulan lepas. Yup, itu memang ads, bukannya banner kosong :). untuk pengetahuan korang, aku saja buat eksperimen tentang berapa banyak aku boleh dapat dengan produk-produk CPM ni memandangkan blog cari duit ni mendapat ramai visitor yang konsisten pada setiap hari.

Sedikit pasal CPM, CPM ini adalah pengiklanan berasaskan view. Secara detailnya, CPM adalah cost per thousand (dimana M adalah roman numeral bagi 1000). Contohnya setiap 1000 kali website anda dikunjungi UV (unique visitor), anda akan dibayar $2 (bergantung kepada advertisers).

Jadi, selepas beberapa bulan aku letak produk berasaskan CPM dekat blog cari duit ni, konklusinya, produk ini tak berapa sesuai untuk blog ini. Walaupun blog ini menerima ramai UV, tapi tak cukup ramai lagi untuk profit dalam CPM.

Produk ini sesuai diletakkan dalam blog atau website yang betul-betul mempunyai ramai UV, contohnya 15000 UV daily. Baru akan profit dengan produk ini. Jadi, aku dah buang semua produk-produk CPM ni dari dalam blog ni. Mungkin aku akan cuba dalam website aku yang lain.

Sedikit perkembangan tentang guest post, berminat untuk letakkan post korang dalam blog ini? sila emailkan post-post korang dekat norhafidz[at]gmail.com. Gantikan [at] dengan @. blog ni baru je exceeds 500 subscribers. Aku berterima kasih banyak kepada yang subscribe.

Macammana dengan korang? ada yang profit from CPM?

Kepentingan Minisite Dalam Pemasaran Internet

Guest Post: Catzer

Tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan laman web yang dikategorikan sebagai minisite? Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web iaitu laman web berkonsepkan shopping cart, content management, blog dan sebagainya.

Namun demikian, tahukah anda laman web yang paling menguntungkan untuk pemasaran internet anda adalah laman web yang berkonsepkan minisite? Ribuan usahawan internet di seluruh dunia menggunakan minisite sebagai laman pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di internet.

Ini adalah kerana minisite telah diakui mempunyai kekuatan dalam menarik perhatian pengguna internet untuk memberi respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman minisite.Mengapa saya katakan sedemikian? Ini adalah disebabkan kepentingan pembinaan minisite adalah menjurus atau memfokus kepada 1 jenis tumpuan pemasaran sahaja. Jika lain – lain jenis laman web sebagai contoh shopping cart, anda akan menghidangkan pelawat dengan pelbagai jenis produk dalam satu masa.

Sebaliknya, penggunaan minisite pula adalah bersesuaian kepada pemasaran 1 jenis produk atau perkhidmatan sahaja. Anda perlu memastikan setiap kelebihan produk dan manfaat yang bakal pengguna perolehi hasil daripada penggunaan produk tersebut harus diceritakan dengan jelas pada laman minisite.

Perkara ini dapat menarik perhatian pengguna untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk yang anda pasarkan seterusnya membuat keputusan untuk membeli produk anda.Oleh itu, jika anda belum lagi memiliki sebarang laman pemasaran minisite dan tak tahu cara membinanya, maka saya amat mengesyorkan anda untuk segera membina laman web berkonsepkan minisite anda.

Anda boleh gunakan laman minisite ini untuk mendapatkan senarai prospek, menghasilkan jualan, memberi produk untuk didownload dan sebagainya. Saya tak mahu bercerita panjang, apa kata anda lihat sahaja ke URL berikut untuk maklumat lanjut: Panduan Minisites

Keyword Research - Mengapa dan Bagaimana

Anda mungkin pernah mendengar terma yang menyuruh anda melakukan "Keyword Research" sebelum membina sesebuah empayar online. Apakah maksud "Keyword Research" sebenarnya? Perlukah sentiasa melakukan "keyword research" sebelum memulakan bisnes online?

Bagi aku, "keyword research" amat penting apabila korang mula untuk SEO (Search Engine Optimization) dan SEM (Search Engine Marketing)kan website korang. Terma "keyword research" itu bermaksud membuat kajian tentang sesuatu keyword samada ia masih boleh di 'beat' atau tidak. Jika boleh, langkah seterusnya adalah mengaplikasikan SEO ke atas website anda.

Bagaimana menganalisis Keyword?

Banyak tool-tool yang boleh digunakan untuk membuat analisis keyword / keyword research. Sudah tentu, aku dan korang semua suka kepada tool yang percuma. Walaupun percuma, tak bermakna kualiti output yang diberikan adalah rendah, sebaliknya ia sama saja. Tool yang biasa aku gunakan untuk menganalisis keyword adalah Google Keyword Tool.

Anda hanya perlu menaip keyword yang anda ingin target, kemudian Google akan memberikan keputusan tentang jumlah carian yang dilakukan oleh pengunjung Google. Harus diingat, keputusan yang diberikan adalah berdasarkan search engine Google sahaja.

Jika sesuatu keyword itu agak mustahil untuk bersaing, contohnya, result yang keluar untuk sesuatu keyword itu adalah terlalu banyak, maka penyelesaiannya adalah SEM, iaitu membayar search engine untuk meletakkan website anda dibawah sponsored ads. Berbeza dengan SEO, kaedah ini memerlukan anda mengeluarkan budget untuk mendapatkan traffic.