Perasan ada ads kat blog cari duit?

kalo korang perasan, aku ada letak beberapa ads kat blog ni untuk tempoh beberapa bulan lepas. Yup, itu memang ads, bukannya banner kosong :). untuk pengetahuan korang, aku saja buat eksperimen tentang berapa banyak aku boleh dapat dengan produk-produk CPM ni memandangkan blog cari duit ni mendapat ramai visitor yang konsisten pada setiap hari.

Sedikit pasal CPM, CPM ini adalah pengiklanan berasaskan view. Secara detailnya, CPM adalah cost per thousand (dimana M adalah roman numeral bagi 1000). Contohnya setiap 1000 kali website anda dikunjungi UV (unique visitor), anda akan dibayar $2 (bergantung kepada advertisers).

Jadi, selepas beberapa bulan aku letak produk berasaskan CPM dekat blog cari duit ni, konklusinya, produk ini tak berapa sesuai untuk blog ini. Walaupun blog ini menerima ramai UV, tapi tak cukup ramai lagi untuk profit dalam CPM.

Produk ini sesuai diletakkan dalam blog atau website yang betul-betul mempunyai ramai UV, contohnya 15000 UV daily. Baru akan profit dengan produk ini. Jadi, aku dah buang semua produk-produk CPM ni dari dalam blog ni. Mungkin aku akan cuba dalam website aku yang lain.

Sedikit perkembangan tentang guest post, berminat untuk letakkan post korang dalam blog ini? sila emailkan post-post korang dekat norhafidz[at]gmail.com. Gantikan [at] dengan @. blog ni baru je exceeds 500 subscribers. Aku berterima kasih banyak kepada yang subscribe.

Macammana dengan korang? ada yang profit from CPM?

7 comments:

sam said...

Boleh saya tahu.. produk ape yg berasaskan CPM. Boleh bagi tak namanya.. Saya nak cuba letak kat blog saya..

Mohd Hafifi said...

15 000 UV daily, hoho..banyak tuh..

Moneyfromfantasy said...

Cari duit dengan CPM agak susah jgak la..nk cari UV payah..buat masa ni aku cari duit guna ptc je..ada ptc yang betul2 bayar..payment proof ada aku letak kat blog.

MakeFREEMoney said...

info yang bagus...

Dito Fitra Muhammad said...

wah bagus banget nih artikel

main2 ke blog ku ya

http://kebun-uang-ku.blogspot.com/

http://uangpanas.com/?id=maho

Preview mai secawan said...

Keep testing bro
Nanti jumpalah iklan yang sesuai tu

Belum sempat lagi CPM, CPC pun tak terbuat

Kerja Kosong Di Google said...

tengah study CPA dulu sekarang nih , takat nih baru sikit ada masuk pas ni boleh cuba CPM pulak kot