Perlukah Menipu Untuk Dapatkan Perhatian Orang Lain?

Aku terpanggil untuk buat entri ini selepas lama tak update blog eksperimen aku ni. Untuk pengetahuan semua, blog ni aku buat hanya untuk eksperimenkan teknik-teknik SEO yang aku belajar selama lebih 2 tahun dulu. SEO atau nama betulnya search engine optimization adalah kombinasi beberapa teknik untuk meletakkan website atau blog tinggi dalam ranking google untuk keyword-keyword tertentu. Dalam masa yang sama, aku masih berkongsi teknik-teknik yang aku buat untuk mendapatkan duit secara online dalam blog ni.

Selepas lama tak update blog, kedudukannya masih steady lagi dalam ranking google untuk keyword cari duit dan buat duit. Korang boleh search kat google dan kemungkinan besar blog ni masih berada dalam page #1 google SERP (search engine results position).

Kemudian, teknik-teknik ini aku bukukan secara virtual dan aku edarkan kepada orang ramai melalui website www.teknikseo.com. Itu tak penting sebenarnya, perkara yang aku nak tegaskan dalam entri kali ini tiada kaitan dengan duit ataupun seo. Tapi, lebih kepada kredibiliti dan ketelusan dalam menyampaikan sesuatu perkara, tak kira apa perkara sekali pun.

Disebabkan kali ini perkara tu berkaitan dengan blog aku, so aku kena buat penjelasan di sini bahawa aku tak bersubahat dengan sesapa pun. Kesnya begini, ada seorang friend hantar email mengatakan bahawa ada orang guna feed count aku:




dan displaykan feed count ni dalam blog beliau. Feed count ni tujuan dia nak menunjukkan berapa ramai orang subscribers atau followers. Tanggapan ramai: "Lagi banyak nilai feed count lagi popular lah sesuatu blog tu".

Tujuan beliau buat begitu aku pun tak berapa pasti, mungkin nak 'encourage' orang ramai jadi follower blog dia. Mungkin bila orang tengok, "wah sampai 500 lebih orang subscribe blog dia, aku pun nak subscribe la", orang akan berkata begitu. Tapi orang tak tahu bahawa feed count itu bukan datangnya dari blog beliau.

Secara teknikalnya, dia dah menipu dan penipu adalah orang yang perlu kita jauhi. :)

Ni S/S blog beliau:




*Klik untuk image yang lebih besar.

Korang nilai sendiri blog ni. Aku dah hantar email kan admin blog ni nak bertanyakan penjelasan, tapi sampai sekarang membisu seribu bahasa. Kita nantikan apa penjelasan si admin ni.

7 comments:

Anonymous said...

apa kata kalau bro bongkarkan je url tu. tak de la org lain pun tertipu juga.

http://www.squidoo.com/cerita-panas

ijamidayu said...

Salam bro...

Wah berat nie.. Betol2 dia nak tarik org utk masuk kat traffic dia.. :D

welcome to my blogs said...

keren blog nya, mampir juga donk ke blog gw

muhdfarhan said...

tq hehe..hebat ko punya info..hehe..salam ziarah..k..

Norhafidz said...

@ijamidayu: yup, mungkin tu tujuan utama dia..

@Anonymous: orang ni kira terkenal jgk la kat malaysia ni, baru je up bisnes yang berkaitan dengan online community ni, katenya nak tolong orang melayu, tapi kalau dah menipu camni ape ceritanye kan..mungkin satu hari nanti aku akan bongkarkan url dia..

hasrunmd said...

Ada jugak org camnih eh.... aku puas dok tweak blog untuk SEO

yahaya said...

saya terbaca dalam satu blog reader feed burner sebenarnya angka yang tipu sahaja.Dia cakap macam tu bagi tau sebab apa reader kat blog dia banyak.Saya lupa nama blog tu...sori.nanti org cakap tanpa fakta