Langganan
Benarkah Wordpress Mempercepatkan Pembinaan Laman Web Perniagaan Anda?
Sunday, May 24, 2009
Guest blogger: Catzer
Anda ingin menjadi guest blogger seterusnya? Emailkan post anda ke norhafidz[at]gmail.com
Salah satu sebab mengapa Wordpress begitu popular ialah kerana keupayaan untuk membina laman web peribadi dan perniagaan dalam tempoh masa yang singkat. Tidak dapat dinafikan kebanyakkan pemilik laman web membina pelbagai jenis laman web peribadi dan perniagaan mereka menggunakan Wordpress sahaja.
Ini kerana Wordpress menyediakan pelbagai theme percuma yang berkualiti dan setanding dengan theme yang berbayar. Theme merupakan “kulit” kepada laman web anda. Anda tidak perlu membayar pereka laman web untuk membina “kulit” laman web anda memandangkan ada beribu-ribu theme percuma khusus untuk pengguna Wordpress yang boleh anda muat turun dari internet.
Anda boleh memiliki rekaan laman web yang kelihatan professional dalam masa beberapa minit sahaja. Kandungan laman web anda akan diselaraskan dengan theme pilihan anda dan ianya akan kelihatan kemas dan menarik tanpa perlu sebarang pengetahuan dalam programming ataupun designing.
Walau apa jenis laman web yang ingin anda bina menggunakan Wordpress, anda pasti akan menemui theme yang bersesuai dengan laman web peribadi atau perniagaan anda. Contohnya anda boleh lihat sendiri theme yang saya gunakan untuk blog Wordpress saya ini:
http://www.manualnewbie.com/
Sehinggakan ada yang bertanya berapakah yang dibelanjakan untuk mendapatkan “kulit” laman web yang menarik ini. Hakikatnya saya hanya menggunakan theme Wordpress percuma dan melakukan sedikit modifikasi terhadap theme tersebut. Ya..Ianya percuma dan saya pasti anda mampu menemui theme yang sesuai dengan laman web anda.
Tidak kurang juga yang masih keliru dan tertanya-tanya bagaimana ingin memiliki laman web Wordpress ini. Anda boleh mendapatkan maklumat melalui enjin carian kerana terdapat banyak laman web yang berkongsi keistimewaan Wordpress. Namun jika anda mahu memendekkan learning curve dalam mempelajari Wordpress, saya amat menggalakkan anda menyertai Bengel Wordpress ini:
http://www.bengkelwordpress.
Peserta terdahulu Bengkel Wordpress kini sudah memintas ramai rakan-rakan yang lain bukan sahaja dari segi pembinaan laman web Wordpress malahan ada diantara mereka sudah memperolehi pendapatan pasif dari blog mereka. Saya pasti anda juga tidak mahu ketinggalan di belakang bekas-bekas peserta bengkel ini. Jadi ambil kesempatan ini kerana dengan menyertai Bengkel Wordpress anda bukan saya mampu berjimat untuk pembinaan laman web peribadi dan perniagaan malahan anda turut diberikan domain dan hosting PERCUMA!
Semoga ilmu ini membantu anda kehadapan dalam apa niche sekalipun. Insya-Allah.