Duit Senang?

Saya akui pada permulaan penglibatan dalam buat duit online, sering kali ada offer yang datang secara tiba-tiba seperti terlalu bagus untuk diterima akal (to good to be true). Bukti-bukti slip paypal, bank akaun yang bernilai ratusan ribu ringgit dipamerkan untuk pengunjung menilai sendiri kehebatan mereka. Tanpa kita sedar, mereka ini yang menawarkan pakej lumayan, perlahan-perlahan menjerat kita. Perkara ini sebenarnya tidak semestinya berlaku secara online, malahan saya pernah tertipu oleh satu tawaran yang di iklan kan di surat khabar terkemuka negara. Ini salah satu contoh penipuan duit senang ini juga terdapat dalam 'mood' offline.

Saya akui pernah tertipu dan pengajaran itu ingin saya kongsikan supaya kebanyakan dari anda yang sampai ke blog ini, saya percaya dengan tujuan ingin mempelajari sedikit sebanyak tentang duit online, tidak akan tertipu atau paling tidak mengurangkan risiko ditipu oleh penyangak online.

Tawaran-tawaran seperti jana pendapatan di internet dengan hanya goyang kaki adalah sesuatu yang biasa didengar. Ini sebenarnya saya percaya, menerbitkan rasa tidak selesa para Internet Marketer(IM) seluruh Malaysia. Kerana hasil dari penipuan ini mempalitkan satu tanda yang tidak bagus ke atas perkembangan internet marketing di Malaysia secara amnya, dan kepada penggiat khasnya.

Disini ada beberapa tips untuk anda menghindarkan diri dari terjerat oleh skim penipuan duit online:

  • Kaji latar belakang mereka, banyak bertanya di forum-forum yang menempatkan ramai Internet Marketer (IM) dari malaysia seperti di www.wangcyber.com, www.carigold.com. Dapatkan review yang secukupnya sebelum bertindak join mana-mana pakej yang terlalu bagus untuk diterima akal.
  • Jangan mudah percaya, jangan ikutkan nafsu, lakukan 'research' yang menyeluruh dari segi penulis, teknik, testimonial pelanggan.
  • "Kawan saya dah join dan dapat banyak bang". Kawan pun boleh jadi lawan sekarang, sekali lagi, lakukan kajian yang menyeluruh tentang program yang ditawarkan. Jika ianya berkaitan online, rujuk pakar tentang offer tersebut.
  • Untuk lebih selamat, langsung click button x di browser anda jika dapat offer yang berbunyi "dapatkan RM100 hari-hari dengan hanya goyang kaki"
Tips ini diharapkan membantu, dan sama-sama menyumbang ke arah sifar penipuan online.
P.S Tidak ada yang terlalu mudah dalam dunia melainkan penipuan.